.double meaning

Salam.

Heh, tak semua lelaki belagak, ego, sombong, bongkak dan takabur. Ada jugak sesetengah yang suwit. Muka ganas. Tapi dalam hati ada taman. Siap ada landskap dengan tukang kebun sekali. Edward Scissor Hand pun ada :P

Semalam, last keluar dengan Super K before dia ke KL. Tolong kawan berniaga. Since dia bercuti, dia memang lepak Melaka, rumah abah dia. So, boleh lah selalu makan dengan I. :-) Nanti dia naik kapal semula, dah tak dapat jumpa. Dia cuti sebulan jer (kot).

Ok, sedih tiba tiba. Walaupun dia cakap, dia dah tak nak naik kapal dah. Nak carik kerja dekat darat pulak. Tapi, itu kan kerja dia. Takkan I nak halang kan? Kan? :)

Semalam minum dengan dia, pakcik dia and adik dia dekat Mamak area rumah sewa I. Minum kejap jer. Oh yer, pakcik dia cam tak caya I dah 25 tahun sebab muka I baby face. Nampak macam belasan tahun. Cewah. Lebih lebih pulak I ni kan? Kuikuikui. :-P

Dan semalam jugak, Super K cakap yang birthday I dengan dia double. I mula mula macam lampi sikit. Amenda lah yang boipren haku cakap neh. Then bila pikir betul betul, memang tarikh birthday I dengan dia, 2 x ganda. Birthday dia 05/06/84 dan I pulak 10/12/86.

Gila tak sangka dia boleh terfikir benda ni. Biasa pompuan jer kan yang amek berat hal hal tarikh bagai neh. Hampeh kan I neh? Huhuhu. Ker I ni lelaki, Super K tuh perempuan? =.= Kikikikiki :-P