.buat entry lucah, berdosa tak?

Salam.

Fuhh..dah lama tak tulis entry yang mempunyai tajuk yang agak serius. Kuikuikui. Fikir lapan ratus kali nak tulis ke tak. I fikir, baik I tulis pasal Super K. Ohh Super K, I lap youuu. *Tolong lempang diri I boleh tak? =.='

Dulu kan, I pernah lah jugak TERtulis entry yang mempunyai tajuk yang tak senonoh tu jugak. Tapi bila fikir balik kan, nak buat apa kan? Lagipun, mama I pun ada belog. Nak mati ker kalau tulis benda bukan bukan. =.=' Tapi sebenarnya manusia neh memang tertarik dengan benda benda macam ni. Haish, gatal ek korang! Padahal I pun sama, laju je kelik bila nampak tajuk entry yang bombastik. Keh keh keh :-P

I pernah tanya seorang kawan,

You rasa, halal tak duit Nuffnang yang kita dapat kalau buat entry lucah lucah? Berdosa tak? Dapat traffik banyak tapi hasil dari tulis benda benda tak senonoh tu. I musykil lah....

Then kawan I cakap,

I pun tak tahu nak cakap. Semua orang ada hak untuk tulis dalam blog masing masing. Halal atau berdosa, itu Tuhan yang tentukan. Kalau boleh elak, kita elak. Kalau tak boleh, nak buat macamana. Its her/his nature. :')

Kan? I pun tak tau lah nak klasifikasikan benda ni ashane. Blog I pun, I maen ikut sedap jer tulis. Kejap happy, kejap broken heart, kejap pasal study, kejap pasal family, kawan-kawan. Memang lah blog kita, kita yang tulis. Tapikan, kita kena fikir pasal readers, pasal followers. Kita kena jaga hati mereka semua. Kalau tak nak jaga hati mereka, private jer blog. Tulis dan baca sorang sorang. So, tak de lah masalah orang nak kutuk atau apa apa. Kan kan? Tak ada lah kedua dua pihak berdosa. I neh pun sama. Dah banyak dah dosa. Bila ntah nak insaf T__T

Blog kita, mencerminkan diri kita. Walaupun bukan 100% sama, tapi sikit sikit mesti lah ada kan? Berapa ramai blogger yang guna fake identiti. Dalam belog, pretend macam pompuan tapi dia sebenarnya lelaki. Kan? Yang pompuan pulak, pretend cam lelaki. Heh :-P

Macam belog I, ia mencerminkan diri I walaupun tak 100%. Segala ke-gedik-kan, ke-gatal-an, ke-manja-an (ade ke?), ke-poyo-an dan ke ke ke yang lain, adalah tanggungjawap I sendiri. Kalau korang jumpa I dekat luar, mesti korang akan cakap, I sama jer dalam belog. Tapi mungkin ada lain sikit lah kot. Dekat luar, I extra comel. Ok bai. HAHA.

Ada satu belog lelaki yang I tak pernah tinggal setiap entry dia. Ni link belog LELAKI itu. Bukan nak kipas die ker, haper ker, tapi I rasa sangat selesa dan gembira bila baca entry dia. Kalau I kipas dia pun, bukan dapat hape pun. Hak hak. Entry dia santai. Comel. Pompuan kan suka benda yang comel comel. Tapi, owner blog ni, tak comel pun. (Ikhlas ni) :-P Try lah baca entry entry dia dari 1st sampai habis.

So, kesimpulannya;

"Berblogging lah secara sihat"

Tiba tiba terasa macam mak mak
sebab dok nasihat orang bagai.

Macam bagus jer kan?
HAHA :-P