.berita gembira dan berita tak gembira dan berita tak berapa nak gembira

Salam.

Haish, I memang hangin betul kalau pergi kelas cantik cantik, wangi wangi, comel comel dan naik skuter parking singgit lepas tuh tunggu setengah jam dalam kelas lepas tuh kelas batal sebelum tuh call lecturer lepas tu dia tak angkat. Kalau tau awal awal, boleh landing lama sikit atas katil yang tak berapa empuk tuh. Zzzzzzz.. Itu adalah berita tak gembira.

Cantik ker?
Kuat perasan lah u ni Intan! :-P

Berita gembira nya pulak ialah, hari ini Hari Isnin dan hari ini, insyaAllah encik Super K akan pulang ke Melaka setelah seminggu berada di KL. Seminggu terasa macam seratus juta lima pulah tiga minggu ok. Lama gila I rasa. Siap demam demam. Bukan sebab demam rindu pada dia ok. Super K, sila jangan perasan ;-P

Dan berita tak berapa gembira nya pulak, mungkin Super K akan pulang hari ni. Itu pun kalau tak mengalami masalah dan urusan dekat KL tuh. Mintak mintak semuanya berjalan lancar. Aminnn~~

Korang!
Cepat aminnn kan sekali!
^.^