.ai boleh mati tanpa handphone

Salam.

Tajuk entry dah nampak sangat menipu kan? HAHA. Ah, lantak lah. I tak tau nak tulis tajuk apa. Belasah jer lah. Huhu

I start pakai handphone masa Form 2. Masa tu, I pakai Sony Ericsson T10. Handphone tu flip. Comel. Kaler biru. I dapat pakai handphone pun sebab I tuition dekat bandar. Senang parent I nak contact.

Lepas tuh, Abah belikan handphone Nokia 3310. Masa tu memang top lah handphone tu. Memang nampak macam kaya gila ah. Orang memang salute. Kikikiki. :-P (Intan poyo)

Dekat sekolah, cikgu pun tak pakai lagi handphone tu. Cikgu pun pakai handphone 3210. Tiba tiba teringat dekat Cikgu Math I masa Form 3. Tak ingat dah nama dia. Cikgu bangsa Cina. Dia selalu nak pinjam handphone I sebab handphone dia batt habes. Huhuhu.

Masa Form 5, I dah pakai 2 handphone. Nokia 8520 yang butterfly and Nokia 3100. Masuk UiTM Arau, I beli handphone Nokia 6600. Orang panggil handphone sabun. I sayang gila kot handphone tuh.

Sampai lah I transfer UiTM Shah Alam, I nak try pakai handphone 3G. Masa tuh dah kecoh la Super Saver yang unlimited call tuh. 3G lah sampai lebam. =.= Mama belikan I handphone 3G paling murah. Dalam RM7++ jer kot. Motorola V3xx. Sangat sayang ok handphone ni. Rindu pulak tiba tiba.

Lepas tu, I trade in Motorola V3xx, I beli Sony Ericsson W508. Lepas tu trade in amek Nokia e72 lepas tu menyesal sebab trade in lepas tuh nangis nangis nak balik handphone SE W508 tuh lepas tuh mama kasik duit suruh beli balik lepas tuh sekarang I guna 2 handphone tuh. Nokia e72 dan SE W508 dan I tak rasa pun nak tukar handphone baru lagi. Both of my handphones complete me ;-)

I memang tak boleh berenggang dengan both handphone I neh. Ibarat aur dengan tebing. Ibarat isi dengan kuku. Dan juga ibarat irama dan lagu. Cewah! Intan gedik gedik gedik! :-P

Candid dari Fifi.
Call yang tersayang before masuk kelas ;-)

Ada sekali tuh, dalam LDK dekat modul Semester 1, fasi tanya kawan I,

"Kalau awak sesat dalam hutan dan boleh bawak seorang kawan, awak nak bawak siapa?"

Then kawan I jawap,

"Saya nak bawak Intan. Sebab Intan tak pernah berenggang dengan handphone dia. So, dia boleh contact dengan orang luar dan mintak tolong."

HAHAHA.
Aci ker jawap macamtu?
:-P

TAPI
Kalau tak de coverage ashane?
Kalau handphone I battery abes ashane?
Dah lah I suka maen fesbuk guna handphone
:-P