.mari kita sama-sama berdoa agar mereka mereka yang berada di Mesir selamat.....

If you know anyone in Egypt, please pass this on to them. To bypass government blocking of websites, use numerical IP addresses: Twitter ”128.242.240.52” Fb ”69.63.189.34” Google ”172.14.204.99”. A French ISP offers free dial up internet access ~ +33 1 72 89 01 50 Login password: toto. Please pass this on and share.

Mari kita sama-sama doa agar keluarga dan rakan rakan kita yang berada di Mesir akan selamat. Semoga mereka semua sentiasa di lindungi oleh Allah SWT.
Aminn~


.sambil menyelam, minum air!

Salam.

Hati berbunga riang~ Weee~~ Baru balik dari berjalan jalan bersama mereka mereka yang tersayang. Err sebenarnya nak pergi wedding kawan. Kawan tu pun kawan Super K jugak. So, kami pergi lah bersama-sama. Bukan berdua tapi berlima. :) Super K dengan abang beliau, Abang Is dan I bawak Chacha & Yeop.

Wedding tu dekat Ayer Keroh, Melaka. Hujan lebat mencurah curah bagaikan ke ladang gandum. Upss! Jadik lah Koko Krunch! Hihi. Ok sambung. Dem. Dah lah tak bawak payung. Lama jugak stuck dalam kereta. Sempat lah update status dan upload gambar dekat fesbuk. Huhu.

Me and my beloved sista~

Lepas makan makan, salam salam, Abang Is ajak pergi karok. Weeehueee~ Best best. So, kiteorang pun pergi lah karok dekat Jusco Baru dekat belakang Tesco tuh. Cheh, bajet korang tau ah kan. Hihihi. Total 24 lagu semuanya. I nyanyi dalam 5 lagu. Kering tekak. =.='

Nampak tak Chacha tengah tutup telinga time Yeop nyanyi?
HAHAHAHA.

Suara Super K sangat sexy ok.
I loikeee~~

Perghh suara I jangan di tanya. Sumpah sumbang!
Muahaha. Ah, belasah jer lah :-P

Ini lah Abang Is. Kalau korang nak tau, dia lah bos Rakan Blogger Klik 1 Malaysia tuh :-) Sedondon gituh dengan Chacha.

Alalala manja nya Chacha dengan Super K.

Budak tudung merah tuh lagi manja.
Buwek! :-P

Sebelum balik.

Super K dengan Abang Is nak terus balik rumah Mak Mertua I dekat JB. I pun nak terus balik Muar. Tak sama jalan. Doang nak masuk high way terus. So, bai bai dekat sini jer lah. Sempat lah snap gambar untuk di kenang-kenangkan. :-P

Gambar faveret.

Abang Is muka tensen jer kan? Hihihi. I tak sangka Super K boleh menggedik macam I jugak. Pasrah je lah ek sayang dapat gelpren cenggini.

Gedik tapi comel.
Kira okeyh lah tu kan?
Hihihihi wek! :-P

.selamat pengantin baru intan!

Salam.

Ramai pulak yang like album Rombongan ke Rumah Mak Mertua versi Solo dekat fesbuk I. Hihihi. Tah bila rombongan secara berjemaah pulak nak sampai. (gatal) :-P

Mendung jer cuaca hari ni. Mata I pun jadik mendung. Asek nak tidur jer. Ashane lah nak makan nasik neh. Perut dah lapar gila pork. Zzzzz...

Ok, I sebenarnya nak jemput korang semua datang rumah I dekat Muar ni, pada 13 Mac 2011 bersamaan dengan Hari Ahad. Kakak kesayangan I akan melangsungkan perkahwinannya. Dan paling best, I akan jadi pengapit pengepit beliau. Meh lah datang. Time tuh cuti sekolah. Rugi tak tengok I jadi pengepit. Mana lah tau, kot kot I pun sanding sekali time tu dan kakak I pulak jadik pengepit I. Baru lah surprise! Kikikikiki :-P

Oh yer, siapa siapa yang ada DSLR, boleh lah bawak sekali. Tolong snap gambar I bebanyak. Mekasih ^.^

Intan Nurlemsha & Ahmad Firdaus

Siapa nak kad yang bebetul,
boleh tinggalkan alamat dekat entry neh.
Nanti I pos ok! :-)

.green light!

Salam.

Mengantuk! Tapi happy. Nak tidur dalam keadaan tersenyum sampai pagi esok. Kikikikiki. Happy sangat hari ni sebab Super K hantar I balik rumah! Yeayy! ;-)

On the way dari Melaka ke Muar, asyik cakap nak patah balik jer. Hihi. Cumil betul. Padan muka. Rasa lah apa yang I rasa hari tu. Hari tu I dah pernah rasa. Tak tau macamana ketar lutut I time tuh. Basuh pinggan pun cover cover.. :-P Sekarang, hari pembalasan Si Pitung. Kutip lah you punya tulang temulang pulak eh :-P

Super K cakap dia tak neves.
Lihat bukti di atas :-P

Mata lebam.
Kena tumbuk dengan Super K.
Beliau sungguh kejam! :-P

Overall semua ok. Kira lulus lah kalau jadik calon menantu Mama & Abah. Senang cakap, dah dapat green light. Abah pun suruh Super K datang time wedding kakak I bulan 3 nanti. Boleh sanding dengan I sekali :-P

Time entry ni di tulis, Super K dah selamat sampai rumah Abah beliau dekat Alor Gajah. Gerak dari rumah I pukul 10pm lepas sesi makan makan dengan mama mertua. Sampai sana pukul 11.30 pm. Gila laju beliau speeding. Kalau I ada dekat sebelah, jangan harap ler I nak kasik beliau speeding! Grrr! Tak lama lagi, bila Abah beliau kasik Merz, mesti Melaka-Muar dah jadik 10 minit :-P

Seminggu lah tak jumpa sebab I cuti mid-sem & CNY. Beliau pun nak naik KL, ada hal. Harap harap, ahad nanti ada orang tuh datang Muar untuk bawak I balik Melaka semula. (Harap harap beliau baca entry ni) Ok, bai. :-P

.selamat tinggal sayang

Salam.

Fuhh..berhabuk belog ni. Sehari I tak update. Eh, ye ke? Semalam I ada update ke? Hihihi. I busy busy busy. Busy dating. Cewah! Hiks. Mana ada. I busy sebab kelas full. Banyak kerja nak settle kan. I kan pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang. Cewah! :-P

Hari ni I tak ada kelas tapi tetap kena pergi campus. Hantar assignment dan settle-kan hal validation course. So, petang ni boleh balik rumah dengan hati yang gumbira. Its holiday babeh! Cuti seminggu! Yahooo~~

So, dengan cuti nya I, dapat lah update belog setiap 2 saat. Feeling macam update status FB gituh. HAHA. Dan boleh lah belog-walking belog belog korang semua. :)

Ohh I sangat lah mengantuk. Tapi barang tak packing lagik. Baju kotor banyak T__T Mesin basuh kat rumah sewa ni rosak. Nak basuh baju secara old school (pakai tangan), Super K tak kasik. Dia cakap nanti tangan I jadik kasar. (Ok, ini adalah penipuan secara terang terangan. Hihihi)

Eksaited pulak nak balik petang ni. Ke-eksaited-an I ni adalah di sebabkan, Encik Super K akan hantar I balik rumah lepas solat jumaat! Hoyeah hoyeahh! Beliau dah sedia kot nak jumpa bakal mertua beliau. Kikikiki :-P

Tapi tak tahu lah kan, kalau kalau abah I tahan beliau. Nak check IC and driving licence. Sebab takut abah I konfius, ingat dia pelakon ceta tokyo drift :-P Mesti Super K cuak. Muka dia kalau cuak, comel :-P

Last but not least,
HAPPY HOLIDAY!!!

I'm gonna miss all my friends, here.

And of course,
I'm gonna miss you, Chenta :-)

.happy birthday mokde!!!

Salam.

Hoyeahhh!! Mokde dah tuaaaaaaa! Hihi. Semalam birthday Mokde I. Err ektuali mokde Super K. Errr ektuali gelpren kepada Pokde Super K. Hihihi. Semalam meset meset dengan Mokde dekat fesbuk. So deal nak jumpa dekat Dataran Pahlawan lepas Asar. :)

SURPRISE!!!
Yeayy! Mokde dah tua.

Happy Birthday Mokde Sayang!

Ni je yang mampu kami bagi :)

Sama tinggi, sama comel. :-P

Tak sama tinggi.
I sorang jer yang comel.
Ok bai.

HAHA.

Lepas ni harap harap ada next gathering pulak. Kita pergi karok pulak yer Mokde. (Walaupun suara I SANGAT merdu.) Tapi kalau Pokde pun ada sekali, mesti best. Hihihi.

Love u much Mokde!
Lulus lah jadik Mokde kitaorang.
Hihihihi

Nanti kita tolong hantar kan
proposal menantu ke pihak berkenaan.
Hihihi. Larikss!

.yeayy! intan dah jadik aunty intan!

Salam.

Harap bertenang semua. I tau I muda. I tau I comel. Tapi I dah anak anak sedara!!!!!!!!!!! Yeayyyy! Tapi bukan anak kakak I, atau abang I. I mana ada abang. Kakak I pulak baru nak kawen. Huhu.

Intan Wan Nur Sabrina

Comel kan? Comel macam Intan. Nama pun ada Intan. :-P Ok tipu. nama anak sedara I neh Wan Nur Sabrina binti Wan Mohd Izuddin. Intan tu I tambah jer :-P

Kecik kecik lagi dah pandai tiru Ziana Zain :-P

Actually ni anak housemate I, Sheila. Lahir 18 Januari lepas kalau tak silap. Sheila dah kahwin. Seronok tengok dia muda muda muda dah kahwin lepas tuh dah ada anak sekarang.

Hari bahagia~

Tak aci sungguh. Umur 21 dah ada anak comel. Geram! Geram! Geram. Rasa nak geget jer pipi anak dia. Rasa nak pergi JB nak pergi visit dia and baby dia. Maybe I dan housemate I yang lain nak pergi tengok dia awal februari nanti :-) Ternangis baca pengalaman dia time nak deliver baby Sabrina tuh. :'(

Apa pun, tahniah Sheila.
Jadik lah ibu yang baik~
Love u much!

.kalau tak merajuk, itu bukan intanurulfateha

Salam.

Ok. Dia janji nak balik hari ni. Tapi tadi meset meset macam tak jadik balik sebab banyak hal lagi. Dia tak cakap direct, tapi kias kias. Ingat I tak faham lah? :'( Mula mula macam sedih tapi redha je lah kan. Pasrah. Dah biasa dah. Dan memang kena biasakan. Jangan mengada mengada sangat. Sila matang. Sila berdikari. Walaupun susah ;'(

Tapi mesti lah rasa sedih.
Mesti lah nak merajuk.

Kalau tak merajuk, itu bukan

Keh keh keh :P

Ah, pedulik.
Nak merajuk jugak.

Tapi bila I merajuk, dia pun merajuk jugak.

Habis siapa nak pujuk siapa.
Siapa nak mengalah?
=.='

Ah lantak.
Nak merajuk jugak.
Ok bai.

(Super K, cepat lah pujuk kita!!!)

.berita gembira dan berita tak gembira dan berita tak berapa nak gembira

Salam.

Haish, I memang hangin betul kalau pergi kelas cantik cantik, wangi wangi, comel comel dan naik skuter parking singgit lepas tuh tunggu setengah jam dalam kelas lepas tuh kelas batal sebelum tuh call lecturer lepas tu dia tak angkat. Kalau tau awal awal, boleh landing lama sikit atas katil yang tak berapa empuk tuh. Zzzzzzz.. Itu adalah berita tak gembira.

Cantik ker?
Kuat perasan lah u ni Intan! :-P

Berita gembira nya pulak ialah, hari ini Hari Isnin dan hari ini, insyaAllah encik Super K akan pulang ke Melaka setelah seminggu berada di KL. Seminggu terasa macam seratus juta lima pulah tiga minggu ok. Lama gila I rasa. Siap demam demam. Bukan sebab demam rindu pada dia ok. Super K, sila jangan perasan ;-P

Dan berita tak berapa gembira nya pulak, mungkin Super K akan pulang hari ni. Itu pun kalau tak mengalami masalah dan urusan dekat KL tuh. Mintak mintak semuanya berjalan lancar. Aminnn~~

Korang!
Cepat aminnn kan sekali!
^.^

.ai boleh mati tanpa handphone

Salam.

Tajuk entry dah nampak sangat menipu kan? HAHA. Ah, lantak lah. I tak tau nak tulis tajuk apa. Belasah jer lah. Huhu

I start pakai handphone masa Form 2. Masa tu, I pakai Sony Ericsson T10. Handphone tu flip. Comel. Kaler biru. I dapat pakai handphone pun sebab I tuition dekat bandar. Senang parent I nak contact.

Lepas tuh, Abah belikan handphone Nokia 3310. Masa tu memang top lah handphone tu. Memang nampak macam kaya gila ah. Orang memang salute. Kikikiki. :-P (Intan poyo)

Dekat sekolah, cikgu pun tak pakai lagi handphone tu. Cikgu pun pakai handphone 3210. Tiba tiba teringat dekat Cikgu Math I masa Form 3. Tak ingat dah nama dia. Cikgu bangsa Cina. Dia selalu nak pinjam handphone I sebab handphone dia batt habes. Huhuhu.

Masa Form 5, I dah pakai 2 handphone. Nokia 8520 yang butterfly and Nokia 3100. Masuk UiTM Arau, I beli handphone Nokia 6600. Orang panggil handphone sabun. I sayang gila kot handphone tuh.

Sampai lah I transfer UiTM Shah Alam, I nak try pakai handphone 3G. Masa tuh dah kecoh la Super Saver yang unlimited call tuh. 3G lah sampai lebam. =.= Mama belikan I handphone 3G paling murah. Dalam RM7++ jer kot. Motorola V3xx. Sangat sayang ok handphone ni. Rindu pulak tiba tiba.

Lepas tu, I trade in Motorola V3xx, I beli Sony Ericsson W508. Lepas tu trade in amek Nokia e72 lepas tu menyesal sebab trade in lepas tuh nangis nangis nak balik handphone SE W508 tuh lepas tuh mama kasik duit suruh beli balik lepas tuh sekarang I guna 2 handphone tuh. Nokia e72 dan SE W508 dan I tak rasa pun nak tukar handphone baru lagi. Both of my handphones complete me ;-)

I memang tak boleh berenggang dengan both handphone I neh. Ibarat aur dengan tebing. Ibarat isi dengan kuku. Dan juga ibarat irama dan lagu. Cewah! Intan gedik gedik gedik! :-P

Candid dari Fifi.
Call yang tersayang before masuk kelas ;-)

Ada sekali tuh, dalam LDK dekat modul Semester 1, fasi tanya kawan I,

"Kalau awak sesat dalam hutan dan boleh bawak seorang kawan, awak nak bawak siapa?"

Then kawan I jawap,

"Saya nak bawak Intan. Sebab Intan tak pernah berenggang dengan handphone dia. So, dia boleh contact dengan orang luar dan mintak tolong."

HAHAHA.
Aci ker jawap macamtu?
:-P

TAPI
Kalau tak de coverage ashane?
Kalau handphone I battery abes ashane?
Dah lah I suka maen fesbuk guna handphone
:-P

.ada orang belikan ai ubat yang banyak

Salam.

Muka sakit pun still comel kan kan kan?
:-P

Kronik sangat ke penyakit ai neh?
Huhuhu~

Banyak sangat ubat I kena makan. Tadi pergi klinik UiTM tapi Medical Assistant tak dek. Lepas tuh, pergi poliklinik kerajaan, tutup pulak. Sebab dah tengahari, waktu rehat. Nak pergi klinik swasta tak cukup duit. T___T

So kesimpulannya, tak de lah I dapat ubat apa apa. Penat jer pergi klinik bagai. I cuma makan panadol Actifast tapi sama jugak. Kebal sangat badan I ni. Makan ubat pun, tak lut.

Tapi tak sangka lah ada orang datang jauh jauh semata mata nak belikan I ubat. Datang jauh jauh sebab nak belikan I ubat dekat farmasi. (terharu)

Apa-apa pun, thanks a lot buddy ;-)
Kalau tak sihat jugak tak tahu lah..

Ada ubat scar jugak. Hihihi. Dengan harapan, muka I akan licin sebab banyak sangat scar pimples dekat dahi. Huhuhu. Lepas tu ada Vitamin E dengan Evening Primrose Oil. Yang panadol extend tuh untuk sengal sengal dan sendi sendi badan. I kalau sakit, pakej sekaligus. Satu badan sakit. T__T

Lepas Asar mama I datang, ambil I.
Tak sabar nak balik rumah Muar.
Tak suka duduk Melaka.

Dah lah Super K tak dek.
Busy kerja...................
Hmmm....... ;'(

.penyakit pertama untuk semester ini

Salam.

Entry di taip dalam keadaan menggigil. Kalau I tulis pakai tangan ni, confirm tulisan I pun gigil-gigil. Huhuhu. Tapi serius, I dalam condition yang tak berapa nak ok. Sadis betul. Pakai sweater tebal, pakai seluar panjang, pakai stokin, glove dan jugak selimut. Rasa nak buat unggun api jer dalam bilik ni. Tapi kang terbakar pulak rumah sewa I neh. Dah lah ni rumah kayu. T__T

Kalau sesiapa yang follow dan baca belog I dari awal dulu, mesti tau yang I ni jenis lemah. Bukan lemah lembut ok. Tapi lemah lembek. I tersangat lah senang jatuh sakit. Ape kes ntah. :'(

Dari semalam lagi I dah rasa badan I sakit sakit. Lengan kiri sakit. Pinggang sakit. Pastu petang tadi, tiba tiba ter-peri*d. Ok fine. I kalau datang moon, I memang terus jatuh sakit. Ni baru datang moon. Belum yang lain lain lagik. Kalau dah kawen nanti, ntah macamana I kan? Nak pregnant bagai. Fuhh tak terbayang... T___T

Dekat Pizza Hut.
Still texting him..

Tadi lepas kelas, tergerak nak makan piza. So, pergi lah makan piza dekat Jusco. Lepas makan, terus balik sebab I dah sejuk gila pork. Gigil gigil kot. Then tidur lepas tu bangun, satu badan sakit ok. Segala bagai sendi I sakit.

Kalau ikut hati, I nak balik Muar sekarang jugak. Sebab I serius rasa tak larat. (Walaupun demam, I masih boleh taip entry dengan laju.. Kuikuikui) Esok pagi, rasa nak pergi klinik. Baru ingat semester ni tak nak pergi klinik langsung. Dah lah buku rekod kesihatan I dah penuh. Medical Assistant klinik tu siap tampal kertas baru dah. Sebab dah tak muat nak tulis rekod I. :'(

Esok ada presentation. Slide pun tak siap lagi. I nak rehatkan badan kejap. Malam karang I buat lah slide tuh. Sekarang ni, memang mood tak de. Seram sejuk dah badan I neh. Ni yang rasa nak nangis ni. Asal sakit je, nangis. Lembek kan I neh? Benci tawwwww!!!

Huwaaaa.....
Mama... Abah...
Angah nak balik rumahhhhh!
T________T

.comel nya budak ni!

Baskin Robin.

Texting him.

Still~~~

^.^

Haish, susah jadik orang comel ni.

Kat mana-mana pun,
ada paparazi snap gambar.

Siap bluetooth lagik gambar tuh dekat I.
Kuikuikui~~

Larikkkkss! :-P

.pagi yang menghangitkan!

Salam.

Bangun pagi gosok gigi, pergi mandi tapi tak minum kopi. Sebab apa? Sebab bangun lambat! 630 pagi dah bangun, ada orang kejut lepas tu tidur balik. 733 pagi baru bangun. Then tunggu turn mandi dan siap siap ke kelas. 815pagi baru gerak dari rumah. Kelas start 830 pagi.

Sampai kampus pukul 820 pagi. Lif penuh. Kalau tunggu, mesti lambat sebab orang ramai. Last last I decide nak naik tangga ke kelas. Tingkat 9 okeyh! Tak pe tak per. Niat ikhlas datang kelas, nak belajar. ^.^

Sampai je kelas, ada 2 orang student jer. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Yang pasti mereka bukan kapel sebab duduk jauh jauh. Tapi mungkin jugak kapel. Kapel yang tengah gaduh. Hiks.. Pandai pandai je haku ni :-P

Tunggu dalam 10 minit, still tak de students sampai. Lecturer pun tak de. Call member, tak angkat. Beberapa saat kemudian, dia sms. "Intan, kelas batal.. Bla bla bla.." Ok fine. Kelas batal. Setelah I penat gila naik tangga. Kaki lenguh, cramp, penat. Memang pakej terbaik. Next class pukul 1230 tengahari. Kalau tau, tak payah bangun pagi tadi. Benci tawwww! T__T

Tapi tak pe. Semua ada hikmah. (Sedapkan hati sendiri) I terus ke HEA, settle kan surat pengesahan tamat belajar bekas-bakal-abang ipar-tak-jadi sebab dia mintak tolong I hari tuh. Lepas mintak tandatangan koordinator, terus lah ke Pejabat Pos, nak pos surat tuh pada dia. On the way ke pejabat pos, perut I dah start jamming. I tengok jam, "Hmm awal lagi.. next class pukul 1230. Nak pergi breakfast dekat McD lah.."

Bila sampai Pejabat Pos, terus parking motor I dekat celah celah kereta dan pos lah surat tuh. Tiba tiba lepas settle, tengok kat motor I, ada surat saman. Ok fine. I kena saman! Untuk kali pertama sepanjang I study dekat UiTM Bandaraya Melaka. Kesalahan I, parking bersepah. Alaaa..I bukannya parking dekat tengah jalan. Tak kacau sesiapa pun. Lagi pun tak sampai 5 minit pun. :'(

Terus tak jadik makan McD.
Just bungkus roti telur sekeping & teh ais
T__________T

.double meaning

Salam.

Heh, tak semua lelaki belagak, ego, sombong, bongkak dan takabur. Ada jugak sesetengah yang suwit. Muka ganas. Tapi dalam hati ada taman. Siap ada landskap dengan tukang kebun sekali. Edward Scissor Hand pun ada :P

Semalam, last keluar dengan Super K before dia ke KL. Tolong kawan berniaga. Since dia bercuti, dia memang lepak Melaka, rumah abah dia. So, boleh lah selalu makan dengan I. :-) Nanti dia naik kapal semula, dah tak dapat jumpa. Dia cuti sebulan jer (kot).

Ok, sedih tiba tiba. Walaupun dia cakap, dia dah tak nak naik kapal dah. Nak carik kerja dekat darat pulak. Tapi, itu kan kerja dia. Takkan I nak halang kan? Kan? :)

Semalam minum dengan dia, pakcik dia and adik dia dekat Mamak area rumah sewa I. Minum kejap jer. Oh yer, pakcik dia cam tak caya I dah 25 tahun sebab muka I baby face. Nampak macam belasan tahun. Cewah. Lebih lebih pulak I ni kan? Kuikuikui. :-P

Dan semalam jugak, Super K cakap yang birthday I dengan dia double. I mula mula macam lampi sikit. Amenda lah yang boipren haku cakap neh. Then bila pikir betul betul, memang tarikh birthday I dengan dia, 2 x ganda. Birthday dia 05/06/84 dan I pulak 10/12/86.

Gila tak sangka dia boleh terfikir benda ni. Biasa pompuan jer kan yang amek berat hal hal tarikh bagai neh. Hampeh kan I neh? Huhuhu. Ker I ni lelaki, Super K tuh perempuan? =.= Kikikikiki :-P

.kenapa perempuan cantik, mesti single?

Dulu
Kami sama sama single.
Kami sama sama di tinggalkan boipren.
Kami sama sama sedih.
Kami sama sama nangis.
Kami sama sama meroyan.

Sekarang
I dah tak single.
I dah ada boipren.
I dah tak sedih.
I dah tak nangis.

Ok tipu.
Nangis jugak kadang kadang :P
Dan I dah tak lagi meroyan.

Tapi dia,
masih tetap macam tu.. :'(

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
PLEASE MOVE ON!

You are pretty.
You are good.
You are awesome.

And you deserved a better man.

I care because I love.
Friend forever~~
^.^

.gathering blogger Melaka 2011 ^.^

Hi Bloggies.. :)


kali ni Encik HS dan Cik Intanurulfateha menganjurkan gathering untuk blogger2 yang berlegar-legar di sekitar Melaka.. tolong sebarkan berita ni kepada kawan2.. ini gathering ke-2 yang kami buat selepas gathering pertama pada tahun 2010..
.
.
12 Feb 2011 (Saturday)
12.30 PM
Restoran KFC, AEON Jusco Bandaraya Melaka
Bowling Centre MITC, Ayer Keroh
(Perpindahan tempat adalah disebabkan KFC tuh tak dapat menampung bloggers yang ramai) 

Ada penambahan!
TEMA : BIRU + PINK

.
so sesape yang study or tinggal kat Melaka dijemput hadir.. yang kebetulan berjalan2 kat melaka pun boleh join.. takde hal la.. tak payah malu2.. kite bersantai dengan rakan blogger in real world pulak..
i swear! it's fun!


ini gambar gathering tahun lepas (2010):

sweet kan?


ok.. SMS kehadiran korang ke;
0127186471 - intanurulfateha

serius aku nak sangat2 jumpe korang.. :)

oh ya.. ramai yg request nak tgk cmner aku lukis gune paint..
aku akan demo kat sane nanti.. see ya!


Ok fine. I malas gila nak buat entry pasal gath. Ni I copy paste budak HS punya entry. Gila malas I neh. Kuikuikui~ So, I harap korang semua datang lah ek time gathering neh. Yang study dekat Melaka, yang memang duduk Melaka, tak payah nak malu malu sangat lah. Kang I jadik orang paling pemalu nanti. Huhuhu.

Yang bukan dari Melaka pun dialu-alukan datang ye. Yang ada pakwe atau makwe, angkut lah skali. Boleh meramaikan majlis. Kalau nak bawak ketua kampung sekali pun tak pe. Kuikuikui. :-P

Dan I ada surprise untuk korang. Ada hadiah misteri untuk blogger terpilih. Hadiah apa? Tungguuuu~~~~ :-P

Jumpa nanti tau!!
^.^

.hilang respek aku pada kau

Salam.

I tak tau kenapa I ni jenis suka nak jaga hati orang tapi orang macam susah jer nak jaga hati I. Seboleh boleh, I tak nak orang lain terasa hati dengan I. I nak baik baik dengan doang, I nak doang rasa selesa dengan I.

Ada seorang perempuan yang I used to call her KAKAK buat I rasa macam, "Urghh apesal kau macam ni haa??" Lepas benda tu jadik, I rasa hilang segala respek bagai pada dia. I rasa dia sangat sangat lah talam dua muka dan hipokrit. Pretend to be sooo damn muslimah padahal she is same, just like me. And maybe she is worse than me. Ye lah, dia LEBIH MATANG DAN LEBIH MAKAN GARAM kan? :-)

Dia ada anak perempuan. Ya, comel. Tapi lepas segalanya, I nak tengok gambar anak dia pun, I rasa meluat tak best. Padahal dulu I suka tengok. Sebab comel. Dan memang I suka bebudak. Tapi di sebabkan perangai mak dia macam tu, anak dia yang jadik mangsa. Pity that lil girl. :'(

I sabar. I diamkan jer benda ni. I diam bukan I kalah. I malas nak panjang panjang cerita. Dia cakap I macam macam. Benda lapan ratus abad yang lepas pun nak ungkit ungkit lagi. Tapi tak per. Memang salah I dan I dah pun minta maaf. Tapi rasanya dia tak ada pun mintak maaf dekat I. Tak pe lah. Since I ni pemaaf orangnya, I maafkan jer lah semua kesalahan dia. Lagipun I tak suka dendam. Buat sakit hati jer kan?

Yang lepas tu lepas lah. Memang I maafkan, tapi I takkan pernah lupa. Mungkin kami boleh berbaik semula satu hari nanti tapi mungkin takkan pernah sama macam dulu.

I'M SORRY KAKAK.
It will never be the same again.
:-)

.cis, ingatkan kawen tu senang jer

Salam.

Fuhh rasa macam dah lama jer tak update belog. Ohh rindu nya sama belog ini. Weekend yang boring di Melaka. Tak dapat balik rumah sebab Ahad ni ada modul. T__T

Tapi sep baek Mama, Abah & Chacha datang Melaka tadi. Melawat anak kesayangan sambil ber-soppink barangan kawen untuk kakak tadik. Orang lain yang nak kawen, orang laen yang pening. Kuikuikui.

Tapi seronok pulak rasanya. Terasa macam tak sabar nak kawen. Ok fine. I gatal. Diam ah! :-P Tapi harap harap orang yang berkenaan baca lah entry ni. So, dia boleh lah buat persiapan awal untuk perkahwinan kami. Cewah! :-P Dan boleh lah beliau start hafal.....

"Aku terima nikah Intan Nurulfateha binti Baharom dengan mas kahwinnya RM22.50 tunai."

Ok sahhh!

Yeayyy!
Dah Sahhhh! :-P
HAHAHA.

Bakal pengantin.

Kakak I kawen 13 Mac ni. Dah nak dekat dah. So, haruslah Mama & Abah orang yang paling pening kepala selaen dari kakak I sendirik. I pun tak sabar, sebab nanti I jadi pengepit dia. Pengepit dengan pengapit kira sama lah kan? :-P

Nanti korang jemput lah datang ek rumah I. Boleh tengok I jadik pengepit. HAHA. Over pulak. Jadik pengepit pun kecohhhhhhh! :-P

.intan yang kuat (poyo je)

Siapa kata saya lembek?
Siapa kata saya lemah?

Saya kuat okeh!
SAYA KUAT!

Lagi kuat dari harimau!
Lagi kuat dari singa.
Lagi kuat dari dinasour.
Lagi kuat dari rasaksa.

Ok fine.
Memang saya kuat.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
Tapi kuat nangis.

Ok bai.

.dalam hati ada apa?

Salam.

Cuba korang teka, apa yang ada dalam hati I. Kalau korang boleh teka, memang hebat lah korang. Huhuhu.

Obviously, mesti lah korang tau kan?
:-P

Dalam hati I bukan setakat ada taman.
Siap ada landskap lagi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tukang kebun pun ada sekali.
Hihihi

Comel kan? :-P

.tadi jumpa blogger comel dekat KBM

Salam.

Tadi lepas kelas, jumpa sorang blogger comel. Hihi. Comel gila. Tapi tak snap picca dengan dia guna handphone I tapi guna handphone dia jer.

Nanti someday, boleh organize gathering untuk blogger blogger area Melaka. Ada sesapa mau join tak? Hihi.

Ok lah, mahu tidur.
Esok kelas pagi. Nite!
:-)

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Asal I rasa entry I ni macam pelik.
Urghh abaikan lah.

Ok bai.

.kenapa mesti jadi camni? kenapa mesti buat aku macam ni? kenapa mesti buat aku rasa sedih? kenapa mesti buat aku nangis?

KENAPA????

:'(


.peraturan ketika dating dengan ai

Salam.

Gedik betul I neh. Siap nak buat peraturan bagai. :-P Kuikuikui. Tapi serius lah weh, ni memang peraturan yang I baru kuatkuasakan semalam pada Super K. Siapa suruh nak I jadik gelpren dia. Kan dah kena redha serta pasrah sebab ada peraturan bagai. Kikikikiki. :-P

Heart Beat.

Super K ni kan, suka tau nak tengok I lama lama. Suka nak tenung tenung I. Dem ah. Macam tak pernah jumpa jer selama ni kan? Grrr. Haruslah I segan, malu dan segala nya kan?

Abang, jangan tengok kita macam tu lah!
Kita segan...

Buat apa nak segan..

Alaaa kita cakap kita segan, kita segan lah!

Tengok, muka I dah blushing. Cuma pipi jer tak merah lagi. Hehe. Lepas tu I cakap dengan dia,

Peraturan No 1 :
Jangan pandang Intan. Jangan tenung Intan.
Peraturan No 2 :
Ulang balik Peraturan 1.

Tapi dia tengok I jugak, dia tenung I jugak. Rasa nak smack down dia time tuh jugak. I kureng sikit bila nak cakap dengan orang, lepas tuh mata bertentang mata. Rasa macam dalam filem Sembilu lah pulak. =.=" Satgi jantung I gugur lagik kang. Huhuhu.

Jangan lah tengok kita.
Abang ni tak ikut peraturan lah.
Nanti kena saman macamana?

*masih tenung*

Dem ah.
Memang tak makan saman betul Super K neh.
=.="
(cakap dalam hati)

.first date, first dinner ❤ | live blogging @ McD Ayer Keroh

Salam.

Ehem ehem. Ini adalah live update. Kikikiki. :P Live update dari McD Ayer Keroh. Heh, time ni I tengah lepak dengan Super K. Tadi pergi main game. Lepas tuh tengok muvee, lepas tuh pergi makan makan. Lepas tuh kan, dah tatau nak lepak mana. Nak balik rumah, malam masih muda. :-P

Nasib baik I bawak lappy time kuar ngedate. Boleh lah I online. Tak de lah segan sangat nak tengok muka Super K tuh. :-P Memang blogger tegar kan I neh. Super K pun kena pasrah je tengok I. Hihihi.

Sebenarnya, I dah tatau nak taip apa and dah tatau nak cakap apa dengan dia. Dia nak tengok apa I taip, tapi I segan. Hihihi. Gila lah, first time kot. Segan. Memang sumpah jantung I jatuh dekat dalam kereta dia tadi. Nasib baik dia tolong kutip. (blushing)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Macam abang dengan adik kan? =.='

Cukup lah update kali ni.
Esok I update lagi.

Time first date,
kena lah manfaatkan masa dengan sebaiknya.

Kena lah mata bertentang mata.
Cewah :-P

Padahal I dah bising bising kat dia, jangan tengok tengok I.
Rasa nak sekeh jer dia tuh.
Segan kot =.='

P/s : 
Ektuali ni bukan lah 1st date sebab 1st date DI RAHSIA kan. Hua hua hua. :-P 
1st met pulak 30 November 2009

.jom sertai rakan blogger K1M dan ping entry anda di sini!

Salam.

Hai hai hai~ Bertemu lagi kita dalam rancangan, mari promote belog sendiri. Kuikuikui. Bagi yang sedia maklum dan tahu tentang Rakan Blogger Klik 1 Malaysia, terima kasih kerana sudah mendaftar dengan kami. I pernah tulis pasal Rakan Blogger K1M dekat entry ni dulu.

Dan dengan suka hatinya I nak ajak korang korang semua yang belum register lagi, boleh register dengan Rakan Blogger Klik 1 Malaysia dengan men-kelik LINK INI. Mulai 1 Januari lepas, dengan rasminya I menjadi moderator kepada halaman tersebut. Jadi, dengan gembiranya, mari lah kita beramas beramah mesra sesama kita.

Mari lah kita mengumpul koleksi kawan kawan dan juga pakwe pakwe serta makwe makwe dan juga skandal. Kikikiki. Dah dah, sila kawan elok elok. Jangan nak gatal sangat. Kalau boleh elak, kita elak. Kalau tak leh, nak buat ashane :-P

Haruslah ada muka I kan.
Kata moderator :-P

Dekat page Rakan Blogger K1M tu, terdapat banyak link dan direktori untuk korang PING ENTRY korang. So, makin ramai kawan yang korang dapat sekaligus korang akan dapat traffik secara percuma juga. Meh meh register dengan kami. Tak perlu bayar apa apa pun. Tapi kalau nak bayar jugak, I boleh kasik no acc Maybank I. Kikikikiki :-P

Korang boleh jugak ping entry korang dekat Page Rakan Blogger Klik 1 Malaysia di Facebook. Tapi apa-apa pun, kena lah LIKE dulu PAGE TUH. Hihihi.

I pun tak reti nak explain ashane lagi dekat entry neh. Terbelit belit lidah jari I menaip, nak kasik korang semua paham. Huhuhu. Tapi kalau korang tak faham jugak atau nak tanya apa apa soalan, boleh email-kan kepada I di intanurulfateha@gmail.com

Salam Rakan Blogger Klik 1 Malaysia! :-)

.Super Anep yang hensem (tetapi gedik)

Salam.

Super K ada seorang adik yang hensem tetapi manja tetapi gedik tetapi hensem tetapi rasa macam nak sekeh lalu smack down secara laju. Grrr. Serius, rasa nak bagi flying kick jer. Sebab dia selalu dengki dekat I. Selalu buli I. T_____T Pak kal jer lah dia neh adik Super K. Huhu :-P

Ini lah dia, Super Anep.
Dia memang hensem (bodek)

Sila jangan cair.
Keh keh keh.

Anep, esok akak nak dating dengan Irfan.
Jangan jeles okeyh.

Lalalalala~~ :-P

.kuciwa bekas pacarku kahwin! oh tidak!

Salam.

Ape perasaan korang bila crush time sekolah dulu, dah kahwin? Mesti rasa macam, Oh tidak! Kenapa dia kahwin dulu? Kenapa bini dia cantik? Kenapa mesti bukan I jadik bini dia? Kenapa? Kenapa? Kenapa? T____T

Ok fine. I gedik. Hihi. Sebenarnya yang kahwin tadi adalah salah seorang kawan lelaki I yang boleh dikatakan baik dengan I time sekolah dulu. Alhamdulillah, bertemu jodoh pada usia 25 tahun. Semalam birthday dia. Tahniah untuk kau, Nazafaizarul! Semoga kekal ke akhir hayat. Aminnn~ :')

Dup dap dup dap~~

Sama cantik, sama padan.
Wifey Naza sangat comel okeh!

I pergi wedding Naza dengan besties I, Azee.
Dia neh doktor okeyh. Badan je kecik.
Lagi kecik dari I :-P

Cak!

Ehem :-P

Tak tahu lah bila turn I dengan Azee
untuk naik pelamin.
=.='

Walaupun I awet muda, muka muda
tetapi umur I dah lanjut.
T______T

Ntah bila lah encik boipren
mahu masuk meminang.
(gatal)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

So, terpaksa call Super K.
Suruh dia masuk minang cepat sikit!

Kikikikikiki :-P