.tips untuk menjadi kuat macam harimau!

Salam.

Ada yang rindu nak baca tips dari I tak? Ok fine. Tak de sesapa. =.= Tapi I peduli hape, I nak share jugak tips untuk menjadi konon konon kuat macam harimau lepas kena dumb dengan boipren yang tak berapa nak berguna dan tahu menghargai diri kita dan sayang kita dan rindu kita dan perlukan kita.. Sob sob sob.

Sebenarnya ada soang blogger request tips ni. I buat je lah ek. Tak tahu lah menjadi ke tak dekat korang. Hihihi. Dan ada soang lagi blogger cakap I dah semakin garang. Dah lah garang, suka makan orang pulak tuh. HAHAHA. Cuak tak? :P

1) Busy kan diri dengan aktiviti aktiviti bermoral seperti blogging. I dulu selalu buat entry sadis, meroyan dan dot dot dot. Tapi bila sedar yang belog I neh ramai yang baca, terasa macam segan pun ada. Daripada kawan sekolah, bekas anak anak murid, cikgu cikgu, lecturers, I naik segan. Ye ah, I selalu ping belog kat fesbuk. I mana reti nak ping kat tempat lain. So, kebarangkalian untuk mereka baca belog I memang tinggi nyah.

So, untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku, korang kena create belog baru. Belog private. Tapi I pulak guna tumblr. Sebab tumblr neh best. Boleh re-blog sesuka hati. Tak de orang nak bising isu plagiat ke mende semua. Lepas tuh boleh lah tulis ape yang korang rasa, tak puas hati, sedih dan sebagainya. Tapi malangnya I dah delete tumblr I tuh bila I rasa dan sedar betapa bodohnya I yang terlalu mengagungkan boipren sedangkan dia tak kisah I sakit, sedih dan dot dot dot. So korang tak boleh dah sekodeng tumblr I tuh. Keh keh keh. Tak pe lah. Lambat laun korang akan sedar jugak. Slow slow lah yer.

2) Busykan diri dengan family. Kalau mama nak pergi pasar, nak ikut! Nak pergi shopping complex, nak ikut! Nak pergi rumah orang kawen, hah, yang ni PALING WAJIB IKUT! Keh keh keh. Mana lah tau kan, dapat bertemu jodoh di sana. Silap silap, boleh sanding terus. Dah jimat kos! :P

3) Hang out dengan kawan kawan. Lagi best. Mula mula mesti lah kena soal siasat dengan mereka semua kan. I neh dah lah jenis kepoh, kecoh tetapi comel. So, bila doang tengok I neh dah tak kepoh dan kecoh, mesti lah doang semua pelik. Why Intan? Why? Kenapa kau sedih tetapi masih comel? Kui kui kui. So bermula lah sesi luahan dari hati ke hati. Sob sob sob. Lepas cerita everything baru lah lega. Doang pun bagi kata kata semangat. I lap yuuu so seterong lah! :')

4) Solat jangan tinggal. Ini paling penting. Kalau boleh, mengaji Al-Quran sekali. Kasik hati tuh tenang macam Super K selalu pesan. Intan mesti kena tenang macam abang. Cewah! :P Tapi sejujurnya, I ni pemalas sikit. So, I akan baca Yasin setiap khamis jer. Hukhukhuk. =.=

5) Dengar lagu yang menggembirakan. Pergi karaoke. Jangan nyanyi lagu sadis. Nyanyi lah lagu yang meriangkan hati dan sanubari. Paling afdal, nyanyi lah lagu Dunia Belum Berakhir dari Shaden. Lama tak dengar kan? Meh I nyanyi sikit.

Dunia belum berakhir.
Bila kau putuskan aku.
Masih banyak teman-teman ku di sini.
Menemani ku....

6) CARI SKANDAL BARU! Hoyeah! Hoyeahh! Ini yang paling berjaya okeyh setakat neh. Kah kah kah. Tapi sebenarnya bukan I yang cari. Dia yang datang. Dia = Super K. Tapi I menerima dengan hati yang terbuka. Kalau 2 tahun lepas, I tak mau langsung kawan dengan Super K sebab I ada boipren. Gila kejam I neh. Setia lah konon. Last last kena tinggal jugak. =.= Tapi sekarang sejak sejak single ni, I suka kawan dengan dia. :P Kawan je eh. Tapi kalau lebih dari kawan pun, apa salahnya. Hihihi. :P

Gambar print screen time YM
dengan Super K aritu.

Comel jugak I ni ek.
Patut lah Super K suka :P
Ohh Super K

Laki ni ego. Mula-mula kita nak kat dia, dia tanak kat kita. Tak pe, eksen ek yuu ni. Ada lori ada bus. I nak kat yuu, yuu tolak. Sekarang, hambek kau, yuu nak dekat I, sorry to say, I dah tak nak dekat yuuuu. Bukan niat nak balas dendam. Serius, I bukan sekejam tu. Tapi I cuma nak kasik pengajaran je. Lain kali, jangan buat lagi. Ok babeh? So, percaya lah pada KARMA. What goes around, comes around. Biar masa yang menentukan yer. Sekarang kita cuma senyum jer bila apa yang jadi dekat kita dulu, jadi dekat dia pulak. :')

Hi Encik Ex-BF ;')
Kami comel bersama kan?
Kalau lah dia tak buat kesilapan itu.... ;'(

7) Jangan bermusuh dengan EX! Ini paling penting. Kalau kita bermusuh, kita akan berdendam. Korang kawan je macam biasa. Dulu sebelum kapel, boleh kawan, kenapa dah clash tak boleh pulak. Kan kan kan? :)

8) Makan lah biskut tiger. Kata nak kuat macam harimau. Tapi kalau tak jadik, jangan salahkan I. Salahkan iklan kat TV tuh ekk. HAHAHA. Lalalalalala laaarikssss!

So, selamat mencuba! :')