.tips untuk menghilangkan sakit kepala

Salam.

Petang semalam Abang K sms I. Dia tanya, "Adik sihat tak hari ni, ada pening-pening lagi tak?". Hihihi. I cakap, I ok jer. Tapi sebenarnya I memang pening kepala. Cuma I malas nak fikir. Makin memeningkan kepala I ada lah. I just makan panadol macam biasa.

Malam tadi dia call pulak. Fuhh..nervous. First time cakap dekat telefon. Padahal I dah pernah jumpa dah dia sebelum ni. Tapi time jumpa, tak cakap pun. I kan pemalu. Kikikiki. :P Lepas tu Abang K tanya, pening lagi tak? I cakap, sebenarnya pening. And I cakap dengan dia, kadang-kadang I rasa macam I ada migrain sebab I kerap gila sakit kepala.

Lepas tu, dia bagi lah tips-tips untuk elak sakit kepala.

Tips 1
Kalau pening kepala, jangan asyik fikir yang kita tengah pening kepala. Buat tak tau jer. Sama jugak macam orang yang rabun tipu tipu. Maksud I rabun sikit sikit. Tak payah manjakan sangat mata tu dengan spek mata. Nanti kalau terbiasa pakai spek, asyik nak pakai jer. So, sama lah konsep nya dengan sakit kepala ni.

Tips 2
Genggam kedua-dua tangan, lepas tu baca surah 4 Kul. Then baca ayat kursi.. Hembus dekat genggaman tangan tu dah sapukan ke seluruh badan. Kata Abang K, Rasulullah SAW pun buat macam ni. :')

Tapi pada I, sebenarnya kan, kalau tengah ada problem tu, tak payah lah fikir sangat. Sebab ianya akan membebankan kepala. Kalau macam I, I suka nangis. Sebab mengikut teori Prof Intanurulfateha, memang lah masalah takkan boleh dengan nangis selesai tapi at least, dapat rasa lega ^^,

Tapi kan, bila nangis banyak sangat pun, boleh jadik sakit kepala. Dem ah. Tak guna betul teori Prof Intanurulfateha tuh kan kan? Hak hak hak :P

Sekarang ni pun, I tengah sakit kepala lagi =.= I nak cuba praktikkan apa yang Abang K cakap. Takkan seumur hidup I, I nak bergantung pada panadol jer.. T__T

Pssst!
I nak buat contest sempena birthday i tak lama lagi.
Mau join kah? :P