.tips untuk menghilangkan rindu pada boipren

Salam.

Siapa ada boipren angkat tangan! Ok fine. Tau ah korang ada boipren. I tak de. Ok fine! Merajuk! :P Hehe. Tak pe lah. Lagi 3 hari, I ada boipren balik. Lalalalala~~ Baru beberapa saat kapal Super K belayar ke Port Pasir Gudang, I dah r***u dekat dia. Lagi 3 hari baru dapat contact semula. Kena censored perkataan. Nanti korang tau :P So, cara nak hilangkan perkataan yang di censored tuh, senang je. Tekan lah backspace. HAHA :P

Ok dah. Berhenti mengarut Intan! :-D Sekarang I nak share tips untuk menghilangkan rindu pada boipren. Kalau yang tak ada boipren macam I ni, boleh lah berangan kejap konon-konon macam ada boipren. Ok? :P

1) Kalau I, I suka baca semula sms dekat handphone. Baca sms dia, rasa macam makin sayang kat budak tuh. Kikikiki. Tapi sebenarnya buat I makin tambah rindu kot. Cheh, tips nombor 1 jer dah out. HAHA.

2) Tengok balik gambar gambar dia. Tenung mata dia. Tenung lama-lama. Oh indahnya. Tapi jangan tenung lama sangat. Satgi orang dalam gambar tu kenyit mata, korang yang pengsan. Keh keh keh.

3) Call lah dia. Cakap korang rindu dekat dia. :-) Tapi kalau I rindu Super K, tak boleh call selalu. Kat tengah laut mana ada coverage! T_____T So, I akan sms dia. Dia pesan suruh I sms dia banyak banyak sebab nanti bila handphone dia ada coverage, dia nak berjuta juta sms dari I masuk dalam handphone dia. Hihihi.

4) Buat kad sendiri. Then pos dekat dia. Mesti dia terharu gila. Tapi jangan lah pos setiap hari. Kang dia cakap korang gila plak. Huhuhu.

5) Gi bukak youtube, dengar lagu dangdut dari Amelina. Best woo. Tadi I dengar soang soang. Tapi ada satu lagu tu, rosak pulak. Spoil betul. Dengar lah lagu Semakin rindu semakin asyik. Ewah :P

5) Korang tak payah lah nak rindu rindu sangat. Sekeh satgi baru tau. Kalau dah tak leh tahan rindu tu, suruh mak korang masuk minang boipren korang tu. Kadang-kadang laki ni lampi sikit. Zaman dah moden. Ada jer pompuan minang laki. Kan kan kan? :P

Cuba tengok muka I. Dah nampak matang kan. Berseri seri mengalahkan pengantin. Cewah! :P Kalau Super K tu lambat sangat, I nak suruh mama I masuk minang dia. Boleh sanding sekali dengan akak I nextyear! Kikikikiki. :P

So, selamat mencuba!