.tips untuk menghadapi girlfriend baru kepada ex-boyfriend

Salam.

Lupakan kisah meroyan I dalam entry yang lepas. Biasa lah. Emosi I kan selalu tak stabil. Kui kui kui. Hari ni I nak share tips untuk menghadapi girlfriend baru kepada bekas boipren kita versi Facebook.


1) Ex-BF kita ada FB. Dan kita selalu sangat stalk FB dia. Walaupun tak fren dengan dia, tapi Ex tu tak private-kan photo dia dengan GF baru dia. Macam saja jer nak kasi kita tengok kan? Siut jer kan? T__T So, tak payah lah stalk stalk lagi ye. Bikin korang panas jer.

2) Tapi kalau dah tertengok, dan korang rasa, "Alamak, asal dia lagi comel, cantik dan menawan dari aku?" Korang sabar je lah. Setiap orang ada kecantikan masing-masing. Tak payah lah korang ada niat nak pergi simbah asid pulak. Kui kui kui.

3) Muhasabah diri. I pernah stalk FB Ex-BF I. GF baru dia bertudung. Cantik. Untung Ex-BF I dapat perempuan tu. Tapi I tak pergi serang pun. Sebab lelaki tu bukan hak I lagi. So, tak perlu lah nak pergi kacau rumahtangga orang kan? Sebaliknya, tengok diri sendiri. Baiki diri. I freehair, GF baru dia bertudung. Manis jer. So, I kena lah berubah lah sikit demi sikit. Walaupun bukan sebab I nak Ex-BF I tu semula, tapi untuk kebaikan diri sendiri jugak. Kan? :-)

Tiba-tiba teringat Ex-BF I yang tu. Mesti dia tersedak sedak sebab I cerita pasal dia. Kantoi I stalk FB dia. Huhuhu. :-P

Nanti I tulis tips lain pulak yer.
Tata!