.tips merampas semula boipren

Salam.

Heh, tajuk entry tak boleh blah. =.= Ah peduli apa. Mari kita belajar macamana nak merampas balik boipren kita daripada pompuan-sengal-mana-ntah. Grrr! Err ni bukannya berdasarkan pengalaman sendiri je tapi daripada pengalaman kawan-kawan I jugak. Teheee~

1) Mula-mula jangan lah terus pergi serang perempuan-gedik-nak-rampas-boipren-orang-pulak macam dalam drama TV tuh. Huhuhu. Korang kena muhasabah diri dulu. Kalau korang banyak silap, korang kena la perbaiki. Tapi kalau korang rasa, boipren korang yang silap 100%, mari kita teruskan dengan tips seterusnya ^^

2) Korang saiko lah boipren korang tu. Korang sms lah boipren korang tu, tulis la balik benda benda yang suwit penah korang lalui sama-sama. Tapi dalam masa yang sama, korang tulis la ayat pasrah. Korang cakap, "Tak pe lah awak. Saya doakan awak dengan dia bahagia sampai kawen dan dapat anak lapan orang macam awak nak.. Saya redha."

3) Korang jangan lupa stalk perempuan-tak-guna yang ada hati nak rampas boipren korang tuh. Dah la tak hensem. Tak sangka ada orang nak rampas jugak. HAHA. Nampak emo di situ. Korang stalk senyap senyap lah. Dah nama pun stalk kan? =.= Korang cari kelemahan perempuan tu. Mungkin dia sebenarnya nak main main je dengan boipren korang. Depan boipren korang, bukan main manja, tergedik gedik tapi belakang sang boipren, dia dok kutuk kutuk plak kan. Grrr!

4) Korang try jadi kawan dengan perempuan-tak-guna-yang-bajet-bagus-tuh. YM dengan dia, email dengan dia. Tapi dalam masa yang sama, korang tikam lah belakang dia. (Setan dah keluar tanduk). Tapi jangan lah sengal sangat pergi tikam guna pisau. Tak pasal pasal korang masuk jail. Dengan I I sekali masuk kang. T___T Kalau dia ada kutuk-kutuk boipren korang, korang jangan lupa save semua ayat dia dan print screen. Ye lah, kadang kadang perempuan ni macam bajet bagus. Macam boipren korang yang tergila gila kan dia, padahal dia tak nak pun. Macam nak letakkan kesalahan tu ke atas boipren korang. Lepas tu, tunjuk balik print screen tu dekat boipren korang. Korang cakap lah, "Saya tak kisah kalau awak dapat perempuan lebih baik dari saya, tapi kalau perempuan macam ni lah awak nak, saya simpati sangat pada awak"

5) HAHA dah lah woit. I ni merepek jer. Jangan ikut ajaran sesat I neh. Sebenarnya, korang just kena perbaiki diri sendiri je. Kalau korang ada buat silap, perbetulkan. Kalau tak, takkan lah boipren korang senang senang je boleh pergi dekat perempuan lain kan? Kalau dia jodoh korang, dia akan balik jugak pada korang. Kalau bukan, doakan je lah yang terbaik untuk dia. Buat apa nak sakit hati tengok kebahagiaan orang lain. Kan?

6) Tapi kalau dah memang boipren korang tuh gatal, lantak lah sama dia. Tak payah nak rampas balik. Buang karan jer. Cari laki laen lagi bagus. Kang dah kawen, dia buat hal yang lagi maha dahsyat macamana? Hah, time tu lagi parah tau!

So, selamat mencuba! ;)