.tiada lagi peluang kedua?

Salam.

I tak tau apa yang patut I buat. Serius. Rasa tak best. Rasa macam kejam sangat buat dia macamtu. I ni kejam ke? 3 bulan tu tempoh masa yang sekejap ke untuk buat I lupa pada dia? Susah kan? Tapi luka yang I rasa sepatutnya dah lebih dari cukup untuk membuatkan I lupa dia untuk selamanya. ;-)

Cuba berlagak gembira.
Benda ni bukan berlaku sekali. Berkali kali. Berkali kali diri ni lembut hati. Beri peluang untuk sekian kali. Tapi I macam tak serik kan? RAMAI orang kata, lupakan yang lama. Lupakan dia. Move on. Yes, I try to~~ But it is not easy as you guys said. Susah!

3 bulan lepas.
Intan, kau tak ingat ke apa yang dia tulis dekat blog dia dulu pasal kau? Macam-macam dia tulis kan? Kalau aku jadi kau, aku takkan lupa dan aku takkan kembali pada dia. I cuma diam. Tak tau. Tak boleh nak fikir.

Rasa bersalah.
Perlu ke I rasa bersalah? Perlu ke I rasa jahat bila I berkawan dengan lelaki lain? Tak salah kan? Sebab itu hak I. Dan I tak ada sesiapa sekarang ni. Gedik? Its my nature. Korang pun sendiri nampak I macamana dulu kan? Daripada entry dekat blog, status dekat FB, dekat twitter..... Semua macam orang mati bini/laki.

Menangis.
Tipu kalau I cakap I dah tak menangis sebab dia. Cuma mungkin dah tak menangis seperti dulu. Dulu, I ada tumblr. Meluahkan segala rasa yang tak best dalam tu. Tapi bila fikir balik, macam bodoh. Macam perempuan yang desperate. Merayu-rayu, meroyan. Tapi orang yang kat sana gembira tanpa fikir apa-apa. Susah, asyik sakit sakit, down lagi, nak exam lagi... Ada dia fikir? Mungkin ada. Tapi tiada apa-apa tindakan yang dia ambil. I ambil keputusan untuk delete tumblr. Tak sanggup nak tengok diri sendiri macamtu. Isk..sedih lah ;'(

Perasaan.
Perasaan itu masih ada. Cuma dah tak sama. Dah tinggal separuh. Mujur tak tinggal suku atau hilang terus. Baru kejap tadi dapat tau sesuatu. Dia mahu rahsiakan apa-apa aktiviti dia atau kerja dia dan segalanya tentang dia dari pengetahuan I. Kalau I tau kenapa? I akan kacau hidup dia ke? I akan mintak duit dia ke?? I ni jenis meminta-minta ke???

Jangan bagitau Intan. Sesiapa yang masih friend dengan Intan, jangan bagitau apa-apa info pasal I, pasal kerja I.

PERLU KE NAK CAKAP DENGAN SEMUA ORANG MACAMTU????

Tak faham.
I sendiri tak faham apa yang dia nak. Dan I tak faham apa yang diri I nak. Semuanya kabur. Semuanya samar. Pening. Bila nak hilang, baru nak datang semula. Dulu dia yang suruh I pergi. Suruh I berhenti berharap. Jangan berharap sebab semua nya sia-sia. Tapi kenapa bila I happy sekarang, baru nak datang semula?

Masa I jatuh tertonggeng, tersungkur, tertiarap,
ada dia sambut tangan I?

Ada dia papah I
untuk I bangun dan bangkit semula?

TIADA.

Perlu kah I beri peluang kedua?
Kedua ke?

Ah, malas nak kira. ;'(

Korang rasa I ni kejam ke?
I cuma nak dia rasa, luka yang I pendam.....

Tapi, Super K macamana?
Tak sabar nak tunggu dia balik..

"Abang...kita sedih.. Cepat lah pujuk kita"
:'(