.Super K vs Super Tenang

Salam.

Pagi tadi bangun tidur dapat meset dari Super K. Dia ajak YM. So YM lah dengan dia. I jarang on YM kalau tak de sebab. Malas gila. Chat dekat FB pun I jarang on. Rasa macam semak jer. Huhu.

Time YM tu, Super K suruh bukak webcam. I segan. HAHA. Gedik tul Intan ni. Tampar kang. Zzzz... Tapi kejap je YM dengan dia sebab I nak cepat. Nak pergi konvokesyen Chacha.

Oh yer, kapal Super K rosak teruk dekat Merak, Indonesia. Kena ombak. Sepatutnya dia dah boleh balik Malaysia dah. Tapi since kapal tu dah rosak, kena tunggu repair dulu lah. So I nak mintak tolong korang doakan semoga kapal Super K tuh dapat repair dan dia boleh balik Malaysia dengan selamat. Kesian dia. Badan dah sakit sakit dah kerja kat kapal tu. :'(

I pun tak sihat hari ni. PMS. Sakit perut. Sakit kepala. Gila pork punya sakit kepala I ni. Banyak lagi kerja nak buat untuk majlis esok. Mama suruh I buat puding. Kejap lagi nak start buat dah. Arghh tensennya. :'(

Kalau I tensen tensen macam ni, Super K mesti pesan, "Intan kena tenang macam abang". Lepas tu tak pasal-pasal panggil I Super Tenang. Apa? Ingat I dugong ke? Padahal dia yang dugong. HAHA. Tanak panggil dia Super K lagi lah. Nak panggil Si Tenang. Baru lah boleh tenang je hidup. :P

Si Tenang vs Super Tenang.
Comel kan?
^.^