.Super K dan SMS

Salam.

I selalu main sms dengan Super K. Boleh katakan hari-hari. Tapi itupun kalau ada coverage dekat area port yang dia singgah. I reply sms dia dekat nombor maxis dia (cuma 1 sen setiap sms), tapi dia reply guna nombor Indonesia. Tak tau lah berapa rate. Dia tak nak cakap. Korang rasa mahal tak?

Kesian gak kat dia sebab kena pegang 2 handphone sekaligus bila nak sms dengan I. Sekarang dia dekat Merak, Indonesia, so boleh lah dia guling guling atas katil sambil sms. Kalau dekat Singapore aritu, dia terpaksa duduk dekat deck, sebab coverage tak elok sangat. Kalau hujan pun, hujan lah. Sian dia. Huhuhu.

Cuace tak elok. Kapal asyik delay jer. Patutnya dia gerak ke Singapore hari ni dan terus ke Port JB tu. Lepas tu, boleh lah dia naik darat dan cuti dan dating dengan I. Ehem ehem. :-P Tapi tak sure lagi sebab dia kata, bos dia tu pelik. Selalu nak tukar tukar plan =.='

Last sms kelmarin. Tapi tiba-tiba senyap. I ingat dia tidur. Tak pun credit habis sebab sebelum tu, dia cakap credit dia tinggal sikit. Tapi I tetap rasa dia macam marah I. Sebab...... Err..ada lah sebab nye... Serius, I rasa tak best...

"Abang, kalau abang baca blog kita ni, kita mintak maaf ek...
Cepat lah maafkan kita. Nanti kita nangis kang...."

Dia kata, kalau nampak pulau, mesti searching line handphone. Isk.. Dia cakap lagi, kalau rindu dia, gi tengok gambar gambar gambar dia dekat FB ni. Masalahnya, dah khatam dah tengok dia. Gambar ni pun I curik dari FB dia. Susah nak dapat mms dari dia. Last I dapat masa dia dekat Sarawak aritu. Sob sob sob. Nak tengok yang real. Last tengok real, 2 tahun yang lepas kot. Zzzzzz.... Tak de mood pulak rasanya hari ni. Isk...

Ok bai. :'(