.a new life begins

Salam.

Keputusan telah di buat pagi tadi. Dan kedua-dua pasangan akan di ijab kabul tak lama lagi atas persetujuan kedua dua belah pihak dan kedua dua family. Cewah. Berangan tak sudah-sudah. :P

Semalam memang keadaan yang genting dan kritikal untuk membuat keputusan sama ada mahu teruskan atau cukup sekadar di pinggiran. HAHA. Tetiba* Hmm actually I dengan dia dah bincang dan I tetap dengan keputusan I, I tak nak teruskan. :-)

Bukan tak nak beri peluang kedua. I dah tawar hati kot. I bukan nak membalas dendam. Susah nak explain apa yang dah berlaku antara kami. Serius, tak pernah nak berdendam. Nanti hidup tak tenang. Sampai bila masalah takkan selesai. Kalau I berdendam, I takkan add dia semula dekat FB. Dah lah I yang delete dia dari FB dulu. Gila teruk I ni. =.=' Berjuta kali dia tanya, nak macam dulu balik tak? I tetap cakap, TAK, TAK dan TAK. Cuma mungkin ini dikatakan KARMA.

Gila dahsyat dan gila kental serta bersemangat waja I ni kan kan? Rasa ini bukan diri I. I rasa macam garang gila. Garang ke I ni? Garang tapi comel kan kan kan? :P Rasa macam ada saka masuk dalam badan. HAHA. Takut tak? :P I rasa macam dah kuat dah sekarang. Mungkin pengalaman mematangkan I. Hihihi. Tapi at least I still nak kawan dengan dia. Reply sms kalau dia bagi. Jawap telefon kalau dia call. Baik tak I? :P

Tadi I cakap dengan dia, lepas ni kalau I nak keluar dengan lelaki boleh tak? Lepas tu I yang jawap sendiri. Sendiri tanya sendiri jawap. Huhu. I cakap, dah single, boleh la kan kan? Then I cakap lagi dengan dia, "Kalau nak keluar dengan perempuan lain, keluar lah, tapi jangan sampai saya tau. Nanti awak makan penyepak saya." Tapi I cakap, I tak pe kalau nak keluar dengan laki. Huhu. Tapi dia tak kasik jugak. Dia cakap nanti I pulak makan penumbuk dia. =.='

Tapi yang penting, pagi tadi boleh settle baik baik lah. Both tak nangis. Tak macam malam tadi. Dua dua melalak. Tah apape jer. Sayang kot hubungan tuh. Siapa yang tak sayang kan kan? :'( Se-ego ego dia, dia pun manusia. Bukan jin. :P Ada hati, ada perasaan. Tapi benda dah lepas. Dah tak boleh nak buat apa-apa. Kalau ada jodoh, esok, lusa, tulat dan seterusnya, tetap kahwin jugak kan? ;-)

So sekarang, kiteorang kawan lagi.
Mungkin boleh jadi kawan baik.
Kan kan? :-)

Siapa-siapa nak berminat dengan dia,
boleh hantar resume dekat I.
Biar I tapis dulu :P

Tapi make sure korang mesti buruk.
Kalau lawa, I jeles.
Muahahaha

Kita tetap kawan kan? :-)