.loan PTPTN UiTM dah masuk

Salam.

Pagi pagi lagi dah dapat sms dari Bank Islam. Loan dah masuk. Alhamdulillah. Lepas tu I terus check Bank Islam Online Banking untuk mengesahkan berita tu. Dan berita tuh memang SAH. Ini bukan cobaan ok! :-P

Selamat ber-shopping wahai rakan rakanku dari UiTM Bandaraya Melaka. Siapa yang selalu sms I tanya, "Intan, loan dah masuk ke belum..." so hari ni korang boleh lah pergi beratur dekat ATM k. Huhuhu.

I tak de lah happy sangat sebab duit loan I, macam biasa, semuanya kasik mama simpan. SEBAB APA? SEBAB I NI BOROS YANG TERAMAT. Sehari jer, dah boleh habis duit tuh semua. Kah kah kah. So better I suruh mama manage dan mama kasik I duit setiap minggu macam selalu. Tak payah I fikir fikir duit loan dah tinggal sikit ker hape. Tapi selalu nya, I guna duit mama terlebey. Keh keh keh :-P

Berbelanja lah dengan berhemah yer.

Ok, bai.
I nak sambung tidur :-P