.lari dari rumah lepastu kahwin lari =.=

Salam.

Mesti bebudak ni teringat zaman sekolah. Mesti juara dalam acara lari 4 x 100, lari berganti ganti tak pun lari dalam guni. Tu sebab nya bila dah habis sekolah, nak lari dari umah pulak. =.=

Apa agaknya ek yang bebudak sekarang ni fikir. Lari dari rumah. Ikut pakwe. Pergi rumah pakwe. Yang sengalnya, family pakwe dia pun boleh pulak nak back up budak perempuan ni. Vodoh sungguh.

I pun tak faham. Asal budak perempuan ni tak boleh nak hargai family dia. Bukan family kandung, family angkat. Dia pun tak tau siapa parent dia. Family angkat dia dah jaga elok elok, dah sekolah kan, bagi makan, bagi handphone, bagi kasih sayang, tapi tak nak hargai. I kenal family angkat dia sebab dah rapat dengan family I dari dulu plus doang ada anak bujang yang hensem. Kuang kuang kuang :-P

Ok sambung. Sekarang, budak perempuan ni dah lari ikut pakwe dia. Pakwe tu kalau senonoh tak pe. Kalau doktor ke, engineer ke, ok lah jugak kan? I pun nak lari. Keh keh keh. Tapi lari setempat jer lah. HAHA. Ni kerja ntah apa apa. Nak sara anak orang. Nak lari kawen dekat siam. Ntah ada duit ntah tak. Topup pun mak topupkan =.=

Budak budak zaman sekarang ni memang pelik pelik kan? Banyak kes I dengar. Cuba lah jadi baik sopan santun dan comel macam I ni. Bagus. Memang pilihan mak mertua. Duduk rumah, baik jer. Belajar masak, belajar jaga budak kecik. Kah kah kah. Tetiba nak cerita pasal diri sendiri pulak kan? Sekeh kang :-P

Tapi I geram lah dengan budak perempuan ni. Family angkat dia dah selalu sangat datang rumah I, sebab abah I polis merangkap Pegawai Penyiasat untuk kes budak perempuan ni. Dengar cerita, budak ni dah kahwin. Yang lawaknya, mak angkat dia cakap, masak nasik tak pandai. Basuh spen*er pun tak bersih. Teehehe~~ Lawak tul ;-D Lawak plus memalukan. =.=

So kesimpulannya, kalau nak kahwin,
basuh spen*er bersih bersih yer.
Kah kah kah!

Lariksss!