.korang pernah rasa TERsuka dekat seseorang tak?

Salam.

Bila tengah sedih, tengah serabut, tengah banyak masalah, mesti ada yang datang tolong. Bagi semangat, bagi dorongan. Ramai yang cuba usha line. Kuikuikui. Ok fine. I perasan. =______=

Tak suka bila ada perasaan TERsuka dekat seseorang. Kalau pihak lagi satu tu tak memberikan respon yang baik dan kita cuma bertepuk sebelah tangan, mesti rasa tak best kan? Tapi kalau orang yang kita crush tuh pun suka kita, ohh heavennya duniaaaaa :')

Tapi paling tak best kalau orang tu cuma ambil kesempatan terhadap diri kita. Contohnya macam dia just nak have fun dan bukan sebab nak ada serius relationship. Kalau just nak kawan, jangan lah bagi harapan. Jangan sebut perkataan sayang, perkataan rindu sebab perempuan ni hati dia fragile. Kadang-kadang cepat cair. Err ker I sorang je macam tu ek? Korang macam I tak? Hihihi. :P

Semalam salah seorang kesayangan I mengadu dekat I. Dia ada crush dekat one guy. Hari-hari sms, call.. Habiskan masa sama-sama.. Tapi tiba-tiba one day tu, lelaki tu cakap dekat kawan I, suruh bagi dia masa. He needs to be alone. Sebab dia still teringat dekat ex-GF dia. Kesian kawan I tu. Sebab dia dah TERsuka dekat lelaki tu. ;'(

Sama lah macam I. Kalau ada lelaki nak dekat dengan I, mesti I tolak. Lepas tu mesti lelaki tu marah-marah I sebab tak terima dia. Kikikikiki. Hmm...sebab I masih teringat dekat ex I. Huaaaa..... Ni yang tetiba nak feeling nyanyi lagu Mengenangmu dari Kerispatih macam semalam nehh =___=

Lupakan pasal kisah sedih selama 2 saat. Mari kita bergedikgedik-an, bergembira dan bercerita pasal Abang K. Dia baru kejap call I. Dia cakap, kejap lagi kapal dia akan bergerak gerak gerak khas ke Singapore! Heee~~ Bestnyeeee.... Tapi mengambil 2 hari untuk sampai dari Sarawak tuh. =.= Gila lama. Tak dapat lah I nak kacau dia buat kerja atas kapal tuh. Isk.. :'(

Ni gambar malam tadi time Abang K kat Kuching :')
Gelap lahh pulak.
Nasib baik kucen kat belakang tu hensem :P

Lupa nak cakap. Dia kerja kapal yang bawak minyak Petronas. Best tau kerja dia. Asyik travel sana-sini. Dulu dia dah puas pergi Europe lah, Jepun la. Ntah mana negara lagi. Seronok dengar dia cerita. Sekarang cuma dalam Malaysia jer. Gila selamba I letak gambar Abang K kat sini ek? Hihi. Jangan risau, I dah mintak permission dari dia. I kan skema siap nak mintak permission bagai. Dan dia kasik! :P
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ehem ehem :P

Abang K yang pakai baju putih tuh. Comel kan dia? Kurus, tinggi.. Awww~~~ Dia single. Dah dah, tak payah nak zoom zoom gambar Abang K. Abang K abang I okeyh. Korang berminat? Kalau minat, boleh hantar resume dekat I.. :P

Ni gambar time dia pergi Jepun. Nanti nak gi honeymoon dekat sana. Boleh pergi disneyland! Errr tapi pelik lah... Asal I nak pergi honeymoon dengan dia ek????

HAHAHA.
Larikkkk!!!

YA ALLAH SWT... Gantikanlah yang telah hilang.. Tumbuhkanlah yang telah patah... Walaupun tak sama dengan dirinya..... :')