.korang pernah rasa TERrindu dekat seseorang tak?

Salam.

Korang pernah tak rasa TERrindu dekat seseorang? Kikikiki :P Macam-macam lah I ni kan? TERsuka lah, TERrindu lahh.. Tak boleh ker suka betul betul, rindu betul betul. Ni boleh pulak TER TER. Hahaha.

Kalau cakap pasal family, haruslah kita wajib merindui mereka hari hari hari kan kan? Tapi I nak cakap pasal boipren. Yang ada boipren tu kan, kenapa lah degil sangat. Bila dia ada, tak hargai, buat bodoh jer dekat dia. Nanti bila dia tak ada, baru nak rindu rindu. Baru nak sibuk nangis nangis cakap, "Ayang rindu sangat dekat abang..." Cheh, kalau I jadik sang boipren, I sekeh je kepala gelpren I. Mengada sangat! :P

Errr I tak de boipren. Tapi I selalu rindu dekat dot dot itu. Kan best kalau dia pun rindu dekat I. Tapi I tau, dia dah tak ingat dekat I lagi. Tak pe lah. Kalau cakap pasal dia, memang takkan pernah habis pun. Hmm... Bila dengar lagu dekat blog sendiri, makin rindu pulak. Damn ah. Tak nak fikir. Tak nak! Tak nak! :'(

Mari lupakan episod sedih selama beberapa saat.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Bila seseorang tu terlalu mengambil berat I sampai I kurus, ia pun boleh membuatkan kita rindu pada dia bila dia tak ada. Contohnya macam Abang K. Kikikiki :P Dah 2 hari tak dapat contact dia. Sob sob sob~ Patutnya dia dah sampai Singapore hari ni. Dia bilang sama I kelmarin, bila dia sampai perairan Johor jer, dia akan call I. Bila bangun tidur, first sekali mesti check handphone. Ada sms atau miss call ker tak. Tapi hampa. Sadis ok. :'( Maybe tak sampai lagi kot.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ohh Abang K
Cepat lah balik Johor
T___T

Boleh tak I nak cakap I TERrindu dekat Abang K? Alaaa TER jer pun.. Bukan rindu betul betul. Hihihi. Larikkk*