.karma

Salam.

Korang percaya pada karma tak? What goes around, comes around. Kita selalu dengar orang orang tua cakap, hidup ni macam roda. Tak selamanya kita berada di atas.

Kalau kita tak nak benda tak best dekat kita, kita jangan lah buat orang. Kalau orang tu sayang kita macam separuh mati, hargai lah dia. Bukan senang nak dapat kasih sayang yang sejati. Bukan time dia dah tak de, time dia dah pergi, baru nak tercari-cari. Semua tu dah terlambat dah. Baru nak rasa orang tu penting dalam hidup kita. Tak baik lah kan buat macam tu. Orang tu pun ada hati, ada perasaan.

What you give, you get back.
Memang macam rasa kejam. Tapi kalau tak nak rasa diri kita di zalimi, jangan la zalim terhadap orang. Bila orang tu meroyan, sasau, terpaksa hadapi kesukaran dalam hidup, menangis 24 jam, kita cuma duduk dan tengok dari jauh. Mana pergi perikemanusiaan yang kita ada? Kenapa mesti ego? Selfish? Heartless?

Honesty + Commitment + You + Me = Us.

Semua ni penting dalam hubungan. Mana boleh mencipta hubungan tanpa komitmen. Kalau tak nak ada komitmen, jangan bermain dengan hati dan perasaan. Hapuskan perasaan tu. Buang ia jauh jauh. Jangan bagi harapan palsu.

Jika kau bercinta lagi
Jangan cintai seseorang setinggi langit kerana langit boleh runtuh. Jangan cintai seseorang sedalam lautan kerana lautan boleh surut. Cukup cintai seseorang seujung kuku, walau kecil, walau selalu dipotong, ia akan selalu tumbuh :')
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Eh apesal macam skema je entry ni?
HAHAHAHA.

Segan pulak.
Ok bai. :-P

Eh, eh kejap!
SELAMAT MALAM! :-)