.kan i dah cakap, kehidupan single ni menyusahkan!

Salam.

Hari ni tensen. Hari semalam tensen. Hari hari tensen. Warghh! Bila nak hari raya ni. Ahh hari raya pun tensen. Dah lah dah tak dapat duit raya lagi sekarang ni. =.=

I tak tau nak cakap macamana. Lepas entry yang dia buat, I rasa makin tensen. Tensen dan tensen. Arghh susah jadik hot ni. Kikikikiki. :P Ok fine. I kasik korang semua lempang I seratus kali setiap orang sebab I perasan hot. Cukup kan? Bila I dah kena lempang dengan korang semua, mesti I dah sakit dan muka jadi buruk (sekarang pun dah buruk dan akan jadi makin buruk) dan lepas tu, tak de orang suka I. Yes! Trick dan tips paling bodoh dan bengong dari I. :'(

Macamana nak buat ek? Macamana nak jadi kejam ek? Apesal lah hati I neh fragile sangat? Apesal lah I ni lembek sangat? Apesal lah I ni kuat nangis. Pelik sungguh. Apesal lah I comel sangat? Yang comel tuh betul pulak. Tak pelik langsung. Hihihihi. :P

Ohhh sayang... I bukannya nak kawen esok. Lapan ratus juta ribu tahun lagi kot. Tak kira lah I kapel dengan siapa pun sekarang ni, kalau I takde jodoh dengan sang kekasih, memang takkan kawen jugak kan? kan?

Tolong hormati keputusan I. Tolong hormati cara I. Dulu macam macam I buat untuk dapatkan dia walaupun dia dah tinggalkan I macam tu jer :'( Tapi tak berjaya. Sekarang bila I dah kuat, bila I ada orang lain yang berjaya kembalikan kegembiraan, kecomelan, kebahagiaan, kesewelan, kegelakkan dan ke ke ke yang lain, tolong lah jangan jatuhkan I semula. Beri I peluang untuk bernafas. Untuk hidup dengan keputusan sendiri. Keputusan yang dulunya dia sendiri buat.

Jangan lah buat keputusan mengikut emosi. Itu lah yang dia selalu cakap pada I dulu sebab I ni emosional sikit. Drama queen lebih. :P Jadi, fikir dulu sebelum buang. :-) Kalau sampah dah buang, boleh recycle. Tapi kalau hati yang dah tercalar, hancur dan berkecai, boleh ke nak seletip semula? Tak boleh kan? Kalau boleh, korang boleh kasi tau tak seletip jenama apa? :P

Sayang,
You can't break a broken heart :-)