.kami tiada sebarang hubungan istimewa!

Salam.

Cheh, tajuk entry nak hot je kan? Bajet artis. Hihi. Mesti ramai dah fikir bukan bukan lepas baca entry ni kan? Hihihi. Dan ramai jugak yang nak hantar resume dekat I sebab nak dekat Abang K. Hihihi. Dari I terima resume korang semua, baik I hantar resume kepada diri sendiri untuk Abang K. Heh, ayat I macam dah terbelit-belit jer. Abaikan jer lahh.. Huuu~~ :P

I baru lepas letak fon. Abang K call. Dia masuk kerja 12 malam sampai 4 pagi. Sepatutnya kapal dia dah gerak ke Singapore tengahari tadi tapi tak jadi sebab air surut. Nanti kapal tak jalan. So, postpone pukul 9 malam tadi.

Tapi dari port nak ke tengah laut ambil masa lama sebab kapal tu gerak slow jer. Abang K cakap dalam sejam lebih sampai lah ke tengah. Dalam pukul 8 lebih tuh, I call dia sebab dia suruh I kejut dia. Dia tidur lepas maghrib. Maghrib kat Sarawak kan cepat. I call dia kejap jer. Then dia call I balik.

Kejap kejap putus, kejap kejap coverage hilang. Tapi dapat cakap dalam 2 jam lebih jugak lah. Huhu. Lepas muah muah tu terus letak fon sebab dia nak siap-siap masuk kerja pukul 12. Ok tipu. HAHA. Mana ada muah muah bai. Gila ker? =.= I hormat kot dia tuh. Dah macam abang I dah. Asyik nasihat I 24 jam. =.="

Intan kena tenang, jangan sedih-sedih. Kena banyak minum air masak, jaga kesihatan. Jangan nangis-nangis lagi. Sembahyang jangan tinggal. Perghh dialog dia semua I dah hafal :P Kikikiki.

Tadi best, dia ada nyanyikan lagu untuk I. Siap main gitar lagik! Dia nyanyikan lagu "Happy Birthday" untuk I sebab seminggu lagi birthday I yang ker 18 tahun. Hihihi :P Tapi maybe masa tuh, Abang K atas kapal and tak dapat contact I. So, dia wish awal-awal lah :') Rugi tak rakam. Dia memang sangat pandai main gitar. Dia pun tau abah I pandai main gitar sebab doang pernah makan sekali dan borak borak time kenduri seorang kenalan. :')

Dari Sarawak ke Singapore ambil masa 2 hari untuk sampai. Then tak tau lah kat Singapore tuh berapa lama. Tadi tiba-tiba Abang K bagitau I yang lepas Singapore, dia akan ke Jakarta. Huwaaa... Nanti kalau I rindu macamana? HAHA. Gediks intan ni. Tampar satgi baru tau. :P

Dia cakap, kalau rindu, gi tengok gambar dia yang comot dekat FB dia tu. Dia comot tapi comel kan kan? :P Petang tadi, Abang K baca blog I. Dia tengok link dari FB. Gila malu. Masa dia call I, dia cakap dia baca blog I. I dah segan gila pork. I nak letak fon tapi dia tak kasik. Last last I kasik alasan nak makan, baru dia bagi letak fon. Tapi lepas habis makan, dia call I semula. Gila malu I tak tau nak cakap masa tuh. T___T

Time I tengah makan tuh, I sms dia, I tanya marah ker I tulis pasal dia dalam blog? Dia cakap tak marah tapi dia SUKA! ^.^ Tapi dia tanya I, kenapa tulis nama dia Abang K? Kenapa tak tulis nama sebenar dia? Nama dia dah lah tak de langsung huruf K. Then I cakap lah, saje jer.. Feeling ala-ala Dato K lah kot. Lepas tu dia cakap dia suka blog I, dia suka lagu dekat blog I. Dan dia suka I. Kikiki. Ok tipu. Ayat yang last tuh I reka =.=

Then tadi ada chat kejap dengan dia dekat Shoutmix tu. Malas pulak nak print screen. Lagipun dah kat bawah-bawah. Hm..Abang K sepatutnya dah habis kontrak. Standard belayar cuma 6 bulan. Then balik cuti. Lepas tu akan sambung lagi. Tapi tak ada orang nak replaced tempat dia. Tu sebab dia kena belayar lagi. Sepatutnya dari Sarawak terus balik Johor. Ni tak, dia kena pergi Singapore then gi Jakarta. Lepas ni tak tau dia pergi mana lagi. :'(

Eh, macam panjang jer I tulis cerita pasal Abang K kan? Tak per lah. Nanti 2 hari tak dapat tulis sebab tak dapat contact dia. :'( Actually I dah lama kenal Abang K. Dari before I couple dengan H. Tapi bila I couple, I jenis focus dekat sorang jer. Tapi Abang K ni macam lain macam sikit. Macam suka dekat I. So, untuk menjaga hati sesetengah pihak, I pun delete lah Abang K dari FB and kiteorang lost contact. Tapi I ada jugak stalk FB dia sebenarnya. :P Tapi aritu ntah kenapa dia add I semula padahal dia tak tahu pun I dah break up. :'( Dia cakap, dia terasa hati lah jugak sebab I terus tak nak kawan dengan dia. Bukan apa, I memang macam tu. I tak nak sakitkan hati orang lain. Baik tak I? HAHA. Baik wak lu. Teruk gila. Buang kawan sebab boyfriend. Tah hape hape jer =.="

Tu yang dia selalu nasihat I macam-macam macam penceramah bebas. Lagipun dia tua 2 tahun dari I. Tak pe lah, untuk kebaikan I jugak kan? Apa-apa pun, Abang K adalah salah seorang yang buat I rasa happy dan bersemangat untuk jadi Intan yang happy go lucky macam dulu-dulu. Korang tak suka kan tengok I nangis-nangis kan? Kan? Kan? :')

Rasa dah banyak membebel pasal Abang K. Perut I pun dah lapar. Makan asyik lewat jer. I nak stop dulu. Esok I tulis lagi oke. Tadi before Abang K letak fon, dia suruh I tengok gambar dekat FB dia. Dan I macam TERsuka gambar yang ni.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dari tepi pun dah nampak hensem,
lagi lah dari depan kan?

Dah dah, tak payah nak usha Abang K lama-lama.
Nanti I jeles hihihi. :P

Doakan semoga Abang K
selamat sampai Singapore ek!

Selamat malam korang~~~