.hidup seorang pelaut

Salam.

Ingat lagi tak cerita pasal Abang K? Hihi. Dalam pukul 4 petang tadi, I dapat sms dari Abang K. Hihi. Suka suka! Hihihi. Tiba-tiba. Hahaha. Ye lah, selalu nya handphone I sunyi sepi dan bisu. Ingatkan rosak =.=

Abang K cakap, dia baru sampai Kuching, Sarawak tapi tak masuk port lagi. Sebab tu hari tu I try sms dia, tapi tak delivered. Hari tu, time dia baru gerak dari Melaka ke Kuching, dia singgah JB kejap untuk isi minyak kapal. Time tu lah dia sms I.

Tapi time dia sms I tadi, I tengah busy sebenarnya tapi I reply jugak sms dia sebab bukan senang nak dapat contact dengan dia. Ye lah, dia kan pelaut. So, kadang-kadang jer dia ada dekat darat. Dia cakap, dia akan ada dekat Kuching selama 3 hari. Then tak sure akan belayar ke mana. Tapi apa-apa pun, harap dia selamat. Aminn~

And I ada mintak permission dari dia untuk share video yang I cakap dengan korang haritu. Dia cakap, amek jer lah. Dia cakap I ngade-ngade jer nak mintak permission. Tapi I kan skema. So, mesti lah mintak permission kan kan kan? :P

Abang K cakap, time ni dia on the way ke Jepun.
dia penah kena ombak macamni masa dia nak gi Jepun
Yang kat atas ni bukan kapal dia

Takut kan? Risiko sangat tinggi untuk pelaut macam dia. So, kepada korang yang ada boipren atau adik beradik atau ada kenalan yang kerja kat laut, doakan lah mereka selamat yer. :')

Tadi lama jugak sms dengan dia. Macam biasa lah, dia suruh I tenang, jangan sedih, jangan sakit sakit, suruh I makan banyak banyak. Dia suruh tenang dan happy macam dia. Tapi I tau dia sebenarnya tak happy. Tadi korek-korek rahsia dia (gila kepoh I ni haha) dia cakap, gelpren dia tinggalkan dia. Pity him. I dah agak dah.. Hmm..tak per la..

"Kalau ada jodoh Abang K dengan dia, tak kemana :)"

I ada 3 hari untuk contact dengan dia sebab lepas ni, dia akan kembali belayar. Macam tu lah hidup seorang pelaut :')