.dari kecik sampai ke besar, muka memang nak mintak penampar!

Salam.

Pagi pagi lagi bikin I hot. Hot bukan sebab ape, sebab terlajar tidur. Cahaya matahari masuk melalui tingkap. Kuikuikui. Semalam I sakit kepala gila pork. Makan berdozen dozen panadol, tapi sama jer. Ok tipu. Baru makan 6 biji. :P Tapi kira overdose jugak kan? =.=

Biasa I tidur pukul 2-3 pagi. Tapi malam tadi I tidur pukul 12 lebih. Gila sakit. Tak larat dah. Pastu boleh pulak I terjaga pukul 4 pagi. Lepas tuh stay sampai pukul 6. Meset meset dengan Abang K sampai terlelap. Ehem ehem. Dia abes kerja pukul 4 pagi. "Lama" tak cerita pasal Abang K ek. Ada yang rindu ker? HAHA. Nanti ah I cerita. Dia ok jer dekat Singapore tu.

Korang rasa budak kecik ni comel tak? Korang rasa nak kasik penampar tak? Kecik kecik lagi dah posing menyakitkan hati. HAHA. Ni gambar Chacha. Tak sure umur berapa.

Semalam cakap dengan Chacha, "Cuba tengok gambar ni. Comel kan?" Then dia cakap, "Eiii comel.. Ini Angah, ini B.." (Merujuk kepada wallpaper lappy I) Padahal time tu, I suruh dia tengok gambar budak-kecik-yang-nak-makan-penampar yang jugak merupakan gambar dia sendiri. =.='

Lepas tu I cakap lah, "Tengok gambar baby ni lah.. Ni gambar Chacha masa kecik kecik". Lepas tuh dia deny. Dia cakap, "Itu baby lah. Itu bukan Chacha. Angah tengok ni. Rambut Chacha panjang. Dia tu tak de rambut". Hoho. I malas nak bertekak dengan dia. Confirm I kalah. Teheee~

Intan Nurbatrishya VS Intan Nurulfateha

Hari ni birthday Chacha yang ke-4 tahun. 7 December 2006 - 7 December 2010. Dah 4 tahun family kiteorang bela dia. Dah macam darah daging sendiri. No matter what, dia tetap adik I sampai bila-bila. Angah sayang sangat dekat Chacha ok!

Thanks kepada "kakak-kakak" yang wish birthday Chacha dekat FB malam tadi. Chacha cakap, tak main lah wish-wish. Bak lah hadiah. HAHA. Kalau nak post hadiah, guna alamat yang I letak tab contact dekat atas tu. Chacha cakap lagik, kalau nak kasik hadiah, kasik 2 tau sebab satu lagi pengurus Angah punya. Kuikuikui.

HAPPY BIRTHDAY CHACHA.
Semoga menjadi anak dan adik yang baik. Jangan menderhaka kepada beta. Nanti beta murka. :P Angah sayang Chacha. Jangan nakal nakal. Petang nanti kita makan kek ok! :')