.dalam dilema untuk memilih pasangan

Salam.

Korang pernah tak menghadapi situasi susah untuk memilih pasangan? Bila korang tengah single, ehem ehem, macam I sekarang ni, uhuk uhuk... mesti lah banyakkkkkkkk sangat orang masuk meminang. Ok tipu. Kikikiki. :P Maksud I, ramai nak kawan dengan korang. Korang rimas tak? Rimas tak? Rimas takkkkkk???

Siap ada family nak carikkan lah, makcik carikkan lah, kakak carikkan lah.. Apa, ingat I ni desperate nak ade boipren sangat ker? Zzzzzzzzzzzz.......


Ok fine. Diam lah Intan! HAHAHA. Gila perasan hot lah I ni kan? Rasa nak tumbuk muka sendiri laju-laju jer. Mana ada. I saja jer feeling sengal macam tu. Mana lah ada orang nak dekat I yang comot neh =.=

Sebenarnya I dalam dilema nak beli iPhone4, Blackberry Torch/Bold atau DSLR.

iPhone4
I tak pernah pakai handphone touch screen. Teringin jugak tapi macam susah jerr.. Lagipun kalau tak silap I, iPhone4 tuh kalau nak buat video call, kena antara iPhone jer. Kalau nak buat video call dengan handphone lain, tak boleh. Betul ke ek? Tapi I bukannya guna sangat video call tu.

Blackberry Torch/Bold
Sumpah I nak sangat sangat sangat pakai BB ni. I nakkkkkk BB Torch tapi mahal sangat kot =.= Lain lah kalau ada orang nak belikan dan bagi I hadiah. Hikss! Rasanya kalau nak beli BB pun, cuma BB Bold atau Curve kot. Eii bestnyee... Nanti boleh BBM dengan korang korang korang yang ada BB! :')
Tapi kalau I beli BB, I dah ada ada 3 handphone. Sekarang ni, I pakai Nokia e72 dengan SE W508. Both handphone ni I sayang sebab ada SENTIMENTAL VALUES. Wuuu~~ Tak sanggup nak jual atau trade in. Kang kalau jual, silap-silap, I beli balik macam dulu. Tiba-tiba I teringat yang I nangis nangis mintak tolong "dia" belikan balik handphone SE W508 yang I trade in. Huhu. Rindu pula saat tu. Hmmmmmmmm~~~

DSLR
Heeeee....gadjet yang I palinggggggggg nak dalam dunia since I ni gila bergambar! Hihi. Bestnyaaaa... Tak sabar nak beli. Tapi bila fikir balik, I neh bukannya larat nak pikul DSLR yang berat tuh =.= Berat sangat ke ek? Aritu I try bawak kawan I punya, tak berat mana pun. Tapi kalau sangkut dekat leher lama-lama, agak-agak leher I patah tak?

Hah, kan I dah pening. I ni memang susah nak buat keputusan. Benci lah kalau dalam situasi macamni. Nak pilih boipren pun tak susah macam ni tau. Kikikiki :P

Larikkkkkk!