.the cronology of my surprise birthday party

Salam.

Hari itu hari Sabtu. 11 Disember 2010. Hari yang indah. Pagi yang yang gelap. Kini sudah terang. Aku adikmu dan kau abang =.= Gila Intan. HAHA. Ok. Hari sabtu lepas, I keluar merewang. Ingat nak jalan-jalan dekat Melaka ramai-ramai. Tapi last last cuma keluar berdua jer dengan Nabila. Yang lain ada hal. Yang paling banyak hal, Muadzam. Aku rasa nak tampar kau laju laju, kau tau tak?!!!

Me & Nabila.
Gila tak cantik gambar, camera HP jer.

Tapi jumpa sekali Azee.
She is a dentist.

Kami lepak lepak, makan makan. Jalan-jalan dekat Dataran Pahlawan Melaka tu. Dapat jumpa kejap jer. Sebab dah banyak buang masa dekat jammed. Jammed teruk sangat. :'( Lepas tu, gi tengok movie, cerita Aku tak bodoh. Best lah jugak cerita tu. Habis tengok movie dah lewat. Adik I sms, suruh beli Pizza. I kan kakak yang bagus. Mesti lah belikan. (Weh Yeop, bila nak ganti semula duit aku? HAHA)

Masa on the way balik rumah, dah pukul 9 malam. Adik I call. Dia cakap, nanti sampai Pekan Bakri, suruh bagitau. Mama nak kirim barang. Tapi masa tu dah pukul 10 lebih. Kedai pun dah tutup. Tapi I call jugak. Tapi mama cakap tak nak kirim apa-apa.

I ni jenis susah sikit nak dapat permission keluar melepak kecuali dengan kawan -kawan baik I. Nabila, Laila, Azee, Ina, Noy, Za, Muadzam, Azizi, Amin, Pijal, dan Kitut. Ni je la antara manusia-manusia yang dapat lesen besar untuk bawak I dating. Kuikuikui.

Bila sampai rumah, pagar dah tutup. I malas nak tekan loceng sebab dah lewat. Tengok dari jauh, pintu rumah I dah tutup. Gelap. Dalam hati cakap, Mampus aku kena marah dengan mama kejap lagik. Mama suruh balik sebelum malam. =.=

Adik I tolong bukakkan pagar. Time I sampai rumah mula-mula tadi, I nampak Chacha terlompat lompat, tapi tiba-tiba pintu rumah tertutup balik. Ye lah, time tu dah gelap. So I ingat cuma bayangan je kot. Tiba-tiba seram T___T

Bila I bukak pintu rumah jer.......

SURPRISE!!!!!!!!

Haha. Gila speechless ok. Terdiam. Tapi tak nangis. Cover line. I tanya lah mama, Asal mama beli kek? Sebab I cakap, I tak nak kek. Kan I dah buat cheese oreo cake haritu. Tapi mama cakap, time makan makan time birthday I semalam (10 disember 2010), tak de tiup lilin semua. Just makan steamboat jer. So, macam tak best.

Sebab tu mama belikan kek jugak. Hihi. Patut lah suruh I bagitau kalau I dah sampai Pekan Bakri, sebab doang nk prepare dekat rumah. Heee~ Sayang Mama! :') Next year, boleh lah surprise-kan Angah dengan sebiji kereta pulak yer. Harap harap mama baca. Hihihi :-P

Sayang Mama & Abah.
Sayang semua........

Nervous :-P

Tengok pipi I.
Dah tembam kan?
T____T

Biasa la minah sebelah I tuh.
Menyibuk, feeling macam birthday dia
=.='

:-)

Siap ada belon tau!
Ni 1st surprise birthday party untuk I.

Chacha jeles sebab time birthday dia tak de belon.
HAHAHA.

Yeayyyy!
Dah 24 tahunnn...

DAH BOLEH KAHWIN!
Kah kah kah~

Borang kosong banyak lagi ni.
Nak? :-P