.bye bye 2010, hye hye 2011 ^^

Salam.

Tahun 2010 tahun yang tak berapa nak best kot bagi I. Kisah yang paling menyayat hati. Tensen. Tekanan. Meroyan. Semuanya terjadi pada tahun 2010. Argh dem. Mesti korang tau kan kisah apa? Kalau tak tau, sila buat buat tau. Yang penting, ini bukan kisah sang kancil dan buaya yer. Anggap jer lah ianya kisah klasik untuk masa depan. =.=

Umur.
Beberapa saat lagi I akan masuk 25 tahun. Itu kalau ikut perkiraan tahun. Cheh, padahal I baru jer celebrate birthday yang ke 24 beberapa hari lepas. Mana aci cenggini. So, kena lah kira bulan. Bulan 12 tahun depan, baru umur 25 tahun. Mama I, umur 25 tahun, dah kahwin kot. Tapi I? Dem. Pakwe pun takde! T_______T

Blogging.
Walaupun banyak kisah sedih pada tahun 2010 ni, ada jugak kisah gembira. I semakin rapat dengan blogger blogger. Walaupun I jarang blogwalking (mintak ampun sangat sangat), I cuba jadi se-friendly mungkin. Maaf yer kepada blog blog yang I tak sempat singgah. I cuba memperbaiki diri. I sedar, I pacal yang hina. T________T

Super K.
Dan kisah paling gembira pada tahun ini adalah... jeng jeng jeng. Mesti lah pasal Super K. Ohh I loikee~ Jumpa semula setelah 2 tahun terpisah. Cewah! :-P Doakan yang terbaik yer. I dah tak nak nangis nangis. Dah tak nak bengkak bengkak mata. Dah tak nak kurus kurus macam mumia. I nak jadi yang terbaik. Nak jadi yang paling terbaik untuk insan yang terbaik. :-)

Tudung.
I pernah cakap, I nak pakai tudung, dah tak nak bukak bukak dah. Tapi biasalah, hangat hangat tahi ayam. T___T InsyaAllah, satu hari nanti, I harap sangat I dapat berubah. Sob sob sob.

I sangat sangat berharap agar tahun 2011 ni membawa seribu makna dan semoga I sentiasa gembira dan tak sedih sedih lagi. Begitu jugak dengan korang semua! Azam tahun baru korang apa? Azam tahun baru I, nak kawen!!! Ok fine I gatal. :-P Mesti lah I nak jadi yang terbaik daripada tahun lepas. Kan kan kan? So,

Happy New Year! :-)

Much love,
Intan Nurulfateha binti Baharom

Ohh dem.
Pipi tembam!
T____T