.break up - musim atau trend?

Salam.

Actually, tiba-tiba I rasa sekarang macam musim orang break up. Kadang-kadang rasa macam badi pun ada. Lepas sorang, sorang lagi break up :'(

Serius, rasa macam sangat tak best. Kenapa mesti wujud musim macam ni ek? Sedih, kesian. Sebab I faham apa yang doang rasa. Sebab I pun dah pernah rasa benda yang sama 3 bulan lepas. I dah penat nangis. Penat seksa diri. Tak nak makan, tak nak buat apa-apa. Berat badan turun mendadak. Sampai sekarang pun, tak habis lagi air mata I. Dahsyat kan? Macam air mata air pulak. Hebat kan I? :P

Oh yer, semalam betul-betul genap 3 bulan... :') Rindu sangat sangat sangat. Tak tahu nak cakap macam mana dah. Tak per la. Biar I pendam sorang-sorang. Sambil feeling layan lagu Mengenangmu dari Kerispatih :')

I ingat lagi kawan baik I tanya I kenapa I nangis nangis. Time cerita dekat dia, memang airmata ni mengalir laju gila. I memang lembek. Cepat sangat nangis. Then dia cakap dengan I dan sampai sekarang, bila I teringat dekat ayat dia, I terasa macam kembali bersemangat dan kuat.

"Intan, kalau kau nangis nangis macam ni, kau akan dapat apa? Kau ingat dengan cara kau nangis macamni, dia akan balik pada kau? Jangan nangis lagi k... Kiteorang ada untuk kau."

Itulah kawan time I susah dan senang. So, dekat sini I nak cakap dengan kawan-kawan I, I sayang korang semua.. Jangan sedih-sedih. Jangan nangis-nangis. Sebab bila kita nangis, pihak lagi satu tu bukan nya rasa apa yang kita rasa. Mungkin dia rasa menyampah tengok kita dan lebih baik kita bangun dan bangkit. Kita baiki diri. Kita cantikkan diri. Hihi. Kan kan?

Anggap jer diri kita hot. Dan anggap jer yang kita tak rugi apa-apa tapi dia yang rugi malah kita cuma set dalam otak yang kalau dia memang di takdirkan untuk kita, dia akan kembali pada kita. So, selebihnya kita serah pada Allah SWT. Doa banyak-banyak. Dekatkan diri pada Tuhan, pada family.

Kebahagiaan tu akan datang jugak pada kita. Allah SWT tu Maha Adil. Dia jadikan manusia ni berpasangan. Kita sama-sama doa supaya satu hari nanti, kebahagiaan tu akan jadi milik kita. Selamat malam sayang sayang I sekalian. Lap air mata tuh.. Tak comel dahh.. Hihihi ;')

Amacam?
Ada macam penceramah bebas tak?
Kikikiki. :P

Selamat malam korang. :')