.bakal menantu mama ^.^

Salam.

Siapa yang tak sayang mak kan? Heh, walaupun kadang-kadang I ada lawan cakap mama, tapi I sayang mama :') Biasa lah kan, darah muda. Cewah :P

Mama I baik. Mak korang pun baik kan? Mana ada mak yang jahat. Kalau ada pun, mesti dia kena rasuk setan sebab tuh dia jahat. HAHA.

Mama I penyayang. Suka kucen.

Tapi I takut kucen =.=

Mama I jenis open minded. Tak kisah I nak kawan dengan siapa pun. Janji hensem. HAHA. Ok tipu. Asalkan budak tuh baik, cukup lah. Tadi mama tanya, siapa Abang K dalam blog tu, yang kerja kapal tuh. Keh keh keh. Segan nak cakap. Takkan nak cakap bakal menantu mama kan? Satgi I kena penampar kang. HAHA.

Rumah mama.

Mama selalu cakap dengan I, "Angah nanti kahwin, carik lah orang dekat. Senang. Along orang jauh, yeop orang jauh. Nanti boleh duduk rumah mama. Tak pun buat rumah dekat belakang rumah mama" Dem. I jerit jerit tak mau. Tapi kan, Abang K orang johor. Kat Pasir Gudang. Kira dekat lah tuh kan :P Mama tak payah lah carikkan boipren untuk I. I boleh carik sendirik. Lalalalala~~ :P

I tak kurus kan kan? :P

I selalu cakap dengan mama, "Mama, angah kurus kan? Macam sakit jer.." Then mama cakap, "Kurus lah cantik, macam model.." Mama lah satu satunya orang yang tak berapa nak kisah I kurus asalkan I sihat, cantik dan menawan. Ok tipu, cantik dan menawan tuh I yang tambah sendirik. HAHA.

Comel kah?

Mama selalu cakap dengan I, "Angah kalau pakai tudung, comel jer. Pakai lah tudung." Tapi I ni kan degil. Yang degil ni bukan ikut perangai mama. Memang perangai I sendirik. Huhu. Ikut suka hati I jer nak pakai ke tak nak. Ntah bila nak berhijrah betul betul =.=

I dengan mama boleh geng sebab kami sama-sama suka habiskan duit abah untuk shopping. Kah kah kah. Adik adik I selalu cakap, I ikut perangai mama. Suka shopping. Kejap lagi, confirm Chacha pun menurun perangai kiteorang. Huhu.

Intanurulfateha's junior :P

Mama I best. Apa I nak, semua I dapat. Kalau mama tak kasik, I mogok. Dahsyat kan? Huhu. Tipu jer. Tak de lah. Tapi biasanya apa-apa I nak, memang I dapat lah. Masa semester lepas, memang mama kerap bagi I duit untuk makan. Tapi I membazir kat benda lain. Makan benda mahal-mahal. Lepas tuh tak habis. Kadang kadang I rasa perut I ada jin. Huhuhu.

I sayang mama I. I tak boleh tengok mama sedih. :'( Nanti I nangis. Tapi lately ni, I tengok mama asyik sedih jer. Nenek I dah sakit. I tau mama risau. Tak pe lah. Sekarang turn mama kena jaga nenek. Nanti mama dah tua, angah ada untuk jaga mama :')

Tak lama lagi birthday I. I tak mintak apa-apa pun dari mama. Cukup lah mama doakan I berjaya dalam pelajaran, dalam hidup dan sentiasa sihat. Tapi kalau mama nak belikan I kereta sebiji pun ok jugak. I nak kereta Suzuki Swift. Ok mama, terima kasih. Mama lah mama paling baik dan cantik dalam dunia. Angah sayang mama. Kikikikiki. :P

I LOVE YOU MAMA