.Abang K vs Mr H

Salam

Siapa H? Jeng jeng jeng. Korang pun tau kan? Satu satunya manusia yang tiada ikatan persaudaraan dengan I tapi mampu membuat I menangis tanpa henti. Hoho. Dahsyat kan? Sebab dia best, dia baik dan dia segala-galanya. Sebab tu I berat gila nak lepaskan dia. Kalau dia jahat, dah lama I blah. Tak payah tunggu dia dumb I. :')

Semalam ada seorang blogger komen entry I,

Kalaulah H contact Intan balik,
camne Intan nak handle situasi berikut. :D

Cis. Soalan tak boleh blah. Konon-konon sekarang kan I dengan Abang K kan.. Sebab tu dia tanya macam tu. Padahal I dengan Abang K tak de apa-apa kot. Dia cuma seorang kawan yang baik dengan I. Siapa-siapa yang baik dengan I, I akan baik lah dengan dia. Kan? Cuma bonus untuk dia, dia comel dan handsome dan kacak dan bergaya. Cewah. :P Sebab tu I suka tulis pasal dia dan dia satu satunya kawan I yang kerja kapal dan rapat dengan I. Dulu ada seorang kerja navy tapi dah lost contact. Time tu pun, I tak de blog lagik. Huhu.

Ok, berbalik kepada soalan. Korang tau kan macamana meroyannya I lepas kes dengan H dulu. Sadis ok percintaan kami. Sob sob sob~ I tau, ramai yang tau I still tunggu dia. Dengar lagu dekat blog pun boleh tau kan? Ehem ehem, H, anda boleh senyum sekarang :P I tak nafikan, I masih sayang dia. Takkan lah boleh lupa dalam sekelip mata kan? Orang tetap nampak I sedih walaupun I happy. Hebat kan orang orang tu! Heee~~ Sebenarnya I yang hampeh, tak reti nak cover =.=

Ramai nasihat I, move on, move on, move on.. Script yang sama jer.. I try to move tapi ambil masa lah. Korang ingat, I cerita pasal Abang K, I tak teringat pasal H ker? Ada juga try contact dia tapi dia tak macam dulu lah. Rasa macam sangat terhegeh hegeh pula lagi lagi bila dia tak reply sms I. Sedih ok. Dah, diam. Kang banjir pulak dekat sini. :'(

So, bila I try nak berkawan dengan orang lain, korang tak payah lah babitkan tentang H lagi. Sebab kalau I dengan H masih ada jodoh, dia akan balik pada I. Kan? Kalau dia balik pada I, I sanggup jer terima dia. :')

Abang K pesan dekat I semalam, jangan sedih sedih bila dia pergi travel. Dulu time I dengan H, I suka jumpa, suka call/sms selalu. Agak agak kalau I dengan Abang K pulak macamana? Hihi. Boleh ker I tahan? Boleh kot. Baru lah I dapat belajar berdikari. Tak de lah mengharap dengan orang jer. Tapi dia pernah cakap, nanti kalau dia nak kahwin, dia taknak belayar lagi. Hoho. Ohh tiba-tiba tak sabar nak pergi jepun bersama-sama. Kikikiki :P

So I nak tanya korang, kalau korang jadi I, apa korang akan buat in case H datang semula. Tapi time tu korang dah ada orang lain. Tak kira lah, Abang K ker, Abang G ker, Abang Z ker. Hah, macamana? Jawap jawap! :P

Comelnya janggut dia kan kan?
I tak tau lah kenapa I suka laki berjanggut!
He he he :P

Ok, bai korang~~~