.unstoppable love

Salam.

Girls' day out. Errr sebenarnya tak ada lah girls' day out sangat sebab last minit ada soang kawan laki ikut. Keh keh keh. Anggap jer lah beliau itu perempuan. Bole tak? :D

Kiteorang kawan baik. Tapi susah nak jumpa sebab semua dah merantau, kerja jauh jauh hukhuk. So, weekend lepas, plan nak tengok movie dan makan-makan. I nak tengok Hairi Harry Porter tapi doang takmauuuuu... Waaaa...doang nak tengok Unstoppable. Tak pe lah..

Actually, dah pernah cakap dengan someone nak tengok Harry Porter sama-sama. Dari before movie ni keluar lagik dah janji sengan dia. Tak kira lah tengok kat wayang atau CD. JANJI TENGOK SAMA-SAMA. Keh keh keh.

My bestfriend ever~
(Me, Zafirah, Nabila, Noy)

Sebenarnya ada lagik bestfriend I yang lain. Ada yang dah kahwin, ada anak, so tak dapat lah join kami meronggeng lagik. Dan ada yang sibuk kerja. Tak dapat balik ke kampung.

Suka gambar ni. Sebab nampak macam cover album nasyid. Keh keh keh. Hah, lupa nak cakap. Lelaki tunggul tunggal yang ikut tu nama dia Azizi. Kesian dia kena layan kiteorang semua snap gambar-perasan-artis. :D

I dengan Noy. Noy cakap, nanti nak tengok cerita Rapunzel ni sama-sama. Yeayy! I loveeee movies. I memang suka tengok movie tapi kalau ada kawan ah. Kalau soang-soang, I segan. I kan pemalu :P

Ok fine. Kawan I cakap, simbol belakang tu lagi BESAR dari I. Nasib baik pakai baju long sleeve, tak lah nampak kurus sangat. Bagus :P

Menyibuk jer kawan I yang depan skali neh.
Menghalang kami semua. Huu~

Cerita unstoppable ni best ah. Noy dah tengok cerita ni. Tapi kiteorang semua lom tengok. So, kesian dia kena tengok lagik sekali. Huhu. Time tengok cerita ni, I duduk sebelah Noy. Cerita ni dah lah suspen. I takut ah kalau cerita ni macam cerita Final Destination tu. Memang confirm I tutup mata dari awal sampai habis. I dah cuak gila. I asyik nak jerit jer. Siapa yang dah pernah tengok movie dengan I, mesti tau macamana =.="

Intan : Noy, yang ni mati tak?
Noy : (senyap)
Intan : Noyyyy...yang ni mati tak? Aku takut.
Noy : Tak lah. Tak mati.
Intan : Yeay!

HAHAHA. Bengong kan I? I memang penakut weh. Kalau ajak I tengok movie, jangan lah ajak I tengok cerita yang lawan lawan ke, bunuh bunuh ke, mati mati ker.. Memang lah I akan jerit lebih dari 5x macam masa tengok cerita Ninja Assassin dulu tuhh T__________T

Walaupun kejap je kiteorang dapat jumpa, tapi happy sangat sebab dapat borak-borak. Masa dalam cinema, tiba-tiba Noy bagi I lollypop super besar dekat I. Dia cakap, dia beli sebab I selalu sedih. Ye ah, bila semua tanya kenapa kurus, kenapa cengkung, kenapa itu, kenapa ini, mesti lah I TERnanges bila menjawap segala bagai persoalan mereka. Sob sob sob.

Cheh,
Bajet lollypop boleh gembirakan hati beta ah? :P

Tapi apa-apa pun, aku hargai sangat-sangat.
THANKS A LOT BUDDIES!
Sayang korang ketat ketat!

xoxo