.tutorial header transparent

Salam.

Tutorial ni dah lamaaaaaaaa sangat I delay sebab I malas nak buat. Eh tak. Sebenarnya kalau guna netbook I yang kecik dan lembab tu, susah nak buat tutorial. So, I pinjam ah PC adik I kejap. Ni tutorial yang paling simple cara I. I tak sure, mungkin ada cara lain yang boleh buat header transparent, tapi cara I ni senang sikit kot. Guna yang basic jer :P

1) Firstly, mesti lah kena ada Adobe Photoshop kan? I guna Adobe Photoshop CS5. Tak kisah lah siri mana. Janji Adobe Photoshop :P Kalau tak de Adobe Photoshop, boleh download kat SINI. Tapi bukan CS5 ah.

2) Then klik File-Open dan pilih gambar mana yang korang nak guna. Then klik lah Open.

3) Then nampak tak dekat bahagian Layer sebelah kanan tu? Korang right click dekat Background tu dan pilih Duplicate Layer.

4) Ok, dah nampak kan, ada dua layer sekarang. Tapi yang layer Background tu, korang tutup simbol mata. Tapi yang Background copy tu biarkan.

5) Then, klik Eraser Tool dekat bahagian kiri tuh. So, korang padam lah mana yang korang tak nak.

6) Zoom In sikit kasik nampak. Senang sikit korang nak padam.. Kena sabar sikit lah. :)

Tadaaa~
Dah siap padam background.
Tinggal I seketul jer :P

7) Then korang pergi dekat layer Background copy tuh, and korang right click. Then, pilih Blending Option.

8) Blending Option ni untuk letak border dekat sekeliling gambar korang tu. Try lah satu-satu k. Ok, setel untuk gambar. Jom I ajar untuk tulisan pulak.

9) Klik File - New.

10) Untuk header blog I, size dia 1000 px X 300 px. Depends lah pada korang nak letak size berapa.

11) Nanti dia akan bukak new tab macam gambar atas ni. Then gambar yang korang dah siap buat tadi, copy dan paste ke dalam ni. Err copy paste korang tau kan camne? I terlupa nak print screen tadik. Huhu.

Memandangkan ramai yang tak tahu macamana nak copy, meh I ajar.
--- Korang drag(tarik guna cursor) jer gambar yang korang dah edit tu ke tab yang baru (tab header). Kalau gambar dia besar, korang klik Edit - Transform - Scale dan resize lah size dia. Senang kan? :P


12) Then, korang tekan huruf T untuk buat text pulak. Taip lah apa-apa yang korang nak.

13) Kalau nak tambah text, klik lagik dekat T tuh k. Dah siap text tu, right click dekat Layer Text then ambil Blending Option untuk border text tuh.

14) Kalau nak ada border warna hitam tuh, pilih Stroke dan edit ketebalan border dekat situ.

15) Bila dah siap, pergi dekat layer Background dan tutup simbol mata. Make sure dekat header korang tuh nanti, dekat background dia ada kotak-kotak kecik, dan bukan lagik warna putih. So, dah transparent lah header korang tuh! Yeayy! :P

16) Last sekali korang Save lah. Klik File - Save for web and devices. Jangan pilih Save As sebab nanti gambar korang tu pecah and tak smooth.

17) Dekat atas sebelah kanan tu nanti kena pilih format apa. So korang pilih PNG 24. Then tekan lah Save.

18) SIAPPPPP!

Tadaaaaaa~~
Dah siapp... Senang kan?
Fuhh, sejam I buat tutorial neh =.= Korang try sampai dapat tau. Penat I buat. Ikut step dia betul-betul. Kang kalau betul-betul tak dapat, baru tanya I k. Good Luck!
Kalau dapat buat,
boleh lah creditkan dekat I. :)

xoxo