.tips untuk menghiburkan hati sendiri

Salam Readers~


Fuhhhhhhhh..... macam-macam tips I bagi sejak dua menjak ni kan kan? Heee...walaupun tak berapa berkesan untuk diri sendiri, tapi at least berani mencuba. Ye tak? So kali ni, I nak share tips untuk menghiburkan hati sendiri yang gundah gulana itu yer.

1) Jangan dengar lagu yang menyedihkan. Contoh lagu, lagu tiga kupang. Sedih kot I dengar lagu tuh. Tak ada lagu lain ke nak dengar? Huhuhu. So korang pergi ah youtube, berlambak-lambak lagu ada.

Antara yang terbaik. :)

2) Tengok lah video-video yang lawak, yang boleh menggelikan hati korang. Search jer dekat youtube. Kalau malas, meh nak share 1 video. Layannnn k~~

Walaupun lawak, 
tapi macam sedih pulak sebab arwah Din Beramboi dah tak ada.
 Al-fatihah untuk arwah.

3) Keluar bersosial dengan kawan-kawan. Maksud bersosial disini bukan lah pergi clubbing bagai tuhhh nyah oii. Maksud I, pergi lah tengok wayang ke, main snooker ker, karaoke dengan kawan-kawan. Takkan korang tak ada kawan langsung. Kalau tak ada kawan, meh kawan dengan I meh. :)

4) Makan lah makanan kegemaran korang macam kek secret recipe ke, donut dekat J.co ke, kotiaw kungfu ker, roti telur ker. Jangan makan hati sudeyhhh.. Itu tak berkesan okeyh.. Makan banyak-banyak dan nikmatilah makanan tuh. At least boleh lupa benda yang membuatkan korang sedih. Dan secara tak langsung, boleh menaikkan berat badan korang. *eh, macam untuk I jer tips ni. kuikuikui~

5) Sibukkan diri korang dengan aktiviti-aktiviti bersama keluarga. Tolong siram pokok bunga ker, tolong cabut rumput dekat pasu bunga ker, tolong buang daun kering kat pasu bunga ker. See? Dekat pasu bunga je pun dah boleh buat banyak kerja. Teeheeehehe~~

6) Shopping is the best therapy. Kalau agak-agak poket kosong, buat lah loan dengan family korang. Kalau family korang tak berapa nak kasik, try bodek-bodek sikit. Contoh macam yang I selalu buat dan berjaya, "Ohh mama yang cantik menawan, boleh tak bankin duit sikit dekat beta. Terima kasih daun keladi. Mama lah mama paling baik dan cantik di dunia dan di akhirat. Semoga mama sentiasa di berkati Allah dan di murahkan rezeki. Aminnn.." *seyes, I selalu buat tips ni dan I tak pernah gagal! Muahahaha~~

7) Ulang semula tips 1 hingga 6 dan insyaAllah korang boleh menghiburkan hati korang tuh. Jangan sedih-sedih. Banyak lagi benda yang korang boleh buat untuk sorokkan kesedihan itu walaupun cuma dua saat.

So, good luck! :-)


Bai!