.tak baik merungut di hari isnin!

Salam.

Hehe.. pedih mata I. Bengkak macam orang kena belasah. Tidur pukul 6. Bangun pukul 10... 4 jam je tidur. Zzzz... Kepala sakit gila pork.. Grrr.. Tapi tak pe ah. Tahan jer lah. Bukan selalu. Err..tau, memang dah selalu sakit. Diam ah korang. :P

Actually I nak share dengan korang pasal kelebihan Hari Isnin. I tengok, asal hari isnin jer, mesti korang-korang yang bekerja tu merungut. Monday blues ah, apa ah. Mentang-mentang ahad dah cuti sakan. Tau ah ada boyfriend/girlfriend. Gi dating bagai. Eh, tetiba I pulak emo. Haha. Jangan layan dak intan neh. Dia memang ada sindrom-emo-tanpa-henti-bila-takde-boipren. Zzzz...

Ok, baca dekat kotak pink bawah ni. bawah ni. Kelebihan hari isnin.

Hari Isnin
1. Naiknya Nabi Idris a.s ke langit..
2. Nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina
3. Rasulullah s.a.w dilahirkan..
4. Malaikat Jibril turun kepada Rasulullah S.A.W buat kali pertama.
5. Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilaporkan pada hari Isnin.
6. Hari wafatnya Junjungan mulia…Nabi Muhamad S.A.W
7. Bukti keEsaan Allah diturunkan…”Qul huwallahu ahad”

So, korang nak merungut lagi ke? TAK BAIK TAUUUUU! Sepatutnya korang bersyukur sebab masih bernafas di bumi Allah SWT. Korang still diberi peluang untuk hidup, untuk menjalani kehidupan seharian. Yang bekerja tu, kerja lah dengan ikhlas. Kerja tuh kan ibadah. Cewah. Macam ustajah intan lah pulak. :P

Pssst!
Siapa yang puasa hari ni?
Untungnya korang.
Banyak pahala korang dapat.

I tak boleh puasa.
Sob sob sob*