.tahniah diyla!

Salam Readers~

I sebenarnya baru balik dari wedding kawan baik I masa I study dekat UiTM Shah Alam dulu. Tak sangka dia dah kahwin. Huhu. Padahal dulu-dulu I tengok dia innocent jer. Sampai hati dia langkah bendul I. :-( Heeeeee~~

I pergi wedding tuh dengan kawan dari Shah Alam. Dia pun coursemate kiteorang, Awis. Tapi kami tak pergi berdua, tapi pergi berempat. Awis bawak kawan-perempuan-tapi-rasanya-girlfriend-tak pun-skandal huhuhu (Azza) dan seorang lagi anak saudara lelaki dia (Pai). Ok fine. Baru tau yang Azza rupanya gf Pai. Dem. Patut lah loving semacam. Zzzz..

Dia gerak dari KL around 8 pagi. Sampai rumah I dalam 11 lebih. Lepak dalam rumah dulu, borak-borak dengan mama I. Tiba-tiba Pai cakap dia pernah datang rumah I time raya. Selidik punya selidik, rupa-rupanya kami (Pai + Awis + I) saudara. =.="

Selama beberapa tahun I kenal Awis dekat Shah Alam tuh, tak pernah tau dia saudara I. Huhuhu~ Hoiii Awis, sila simpan rahsia beta selama beta belajar di UiTM Shah Alam tu yer. Sila jangan bocorkan pada saudara mara kita. =.="

Me, Diyla, Hubby Diyla & Awis

Tak snap pulak gambar si Pai dengan Azza. Masing-masing segan sebab baru first time jumpa walaupun kami saudara. =.=" Haishhh serius macam tak boleh terima kenyataan yang kami ni saudara. HAHAHA.

Tiba-tiba I rasa I lagi over dari pengantin.

So, akhir kata, I nak ucapkan Selamat Pengantin Baru dan semoga bahgia sehingga ke akhir hayat. Cepat-cepat dapat baby. I tak sabar nak jadik aunty. Kuikuikui~ Lupa nak cakap, wedding Diyla ni dekat Labis, Johor. Lebih kurang sejam dari rumah I (Muar).

Diyla pun ada blog.
Klik SINI.

Bai!