.siapa boyfriend dia pelaut atau tentera laut?

Salam.

Siapa boyfriend dia pelaut atau tentera laut? Best tak? Apa perasaan korang ada BF yang kerja dekat kapal? Yang jarang ada dekat darat, jarang jumpa. I tanya pasal pelaut/tentera laut ok. Yang BF dia tuh lanun, pergi main jauh-jauh. Teehehehe~ :P

Sebenarnya lately ni, I baik dengan seorang abang, Abang K. Dia pelaut. Dia selalu nasihat I. Jangan sedih, kena ikut macam dia, happy, tenang... Dia selalu cakap dengan I, "Dik, jangan sakit sakit.. Jaga kesihatan.. Jangan sedih sedih. Solat jangan tinggal.. " Setiap kali dia contact I, mesti pesanan yang sama dia bagi. Dia macam tau tau jer I tengah sedih and I ni senang sakit sakit. Eh...mana ada. I dah tak sedih lahhh. Wek! :P

Bangun tidur tadi, check inbox Facebook. Ada message dari dia lepas 2 hari tak ada khabar. Sebab dia cakap, dia dah start belayar. Tak boleh nak on Facebook selalu. Tadi Abang K bagi no handphone dia. Senang nanti nak contact. Tapi I try sms dia, tak dapat. Mungkin dia atas kapal sebab dia cakap, time dia message I tuh, dia berhenti sekejap dekat pelabuhan, isi minyak kapal.

Tapi I tak tau kenapa I rasa, dia dalam kesedihan sekarang. Tengok dekat status Facebook dia, dia macam tunggu someone. Mungkin girlfriend dia. Bila dah start belayar, macamana nak contact orang darat kan? Kalau facebook pun, kena tunggu ada line. Sama jugak macam handphone.

Hurmm......nothing...puas tunggu, tapi hampeh. Takpe la.... Bukan untuk kau..... Dah, pergi belayar sana.... Orang darat tak ada mau ingat kat pelaut mcm kau dah.... Pergi lah main jejauh.... Jangan balik balik lagi dah... Uhuk2.... ---- Lebih kurang macam ni status dia. Sedih kan? :'(

Tadi usha usha FB Abang K tu. Tengok video dia atas kapal. Ya Allah SWT, I jadi takut sangat. Sebab ombak kuat. Lepas tu, musim tengkujuh. Bukan semua orang boleh handle. I tak dapat nak share video tu dekat sini sebab tak dapat permission lagi dari Abang K tu. Nanti kalau dapat contact dia, I try mintak permission k.

Ya Allah SWT Ya Tuhanku, aku bersyukur kerana dapat menikmati musim tengkujuh yang Kau ciptakan ini. Dengan hujanMu yang mencurah curah, anginMu yang kencang dan lautMu yang berombak dahsyat, maka jauhkan lah aku dari segala malapetaka-malapetaka dunia ciptaan Mu ini Ya Allah SWT. Amin Ya Robbil'Alamin....... - Abang K
Ya Allah SWT.. Jauhkan Abang K dan rakan rakannya dari segala malapetaka. Sesungguhnya kepadaMu kami berlindung... - Intan

Dulu, I ada seorang kawan. Dia tentera laut. Dia pun selalu belayar. Dia pernah cerita dekat I, dia sedih sebab girlfriend dia curang. Dia susah-susah kerja, gadai nyawa untuk negara (cewah) tapi girlfriend dia buat macam tu. Dia eksaited balik kampung lepas habis belayar, tup tup kena tipu. Lepas tu, terus dia down gila. Tak nak ada GF dah. Isk... Sekarang pun I dah jarang contact dia.

Siapa-siapa yang ada BF kerja kapal, korang jangan la sesekali curang. Kesian tau. Dah lah mereka tu bertarung nyawa semua. Korang kat darat boleh main kayu tiga pulak =.= Kalau lah I ada BF atas kapal tuh, I akan selalu bagi semangat dekat dieorang. Jangan tinggalkan benda-benda yang wajib. Jangan buat benda bukan-bukan. Ingat tuhan selalu sebab risiko tinggi atas kerja macam tu. Kena kuat, kena sabar.

Tapi yang ada BF tak kerja kapal pun, tak yah lah nak curang. Jaga lah hubungan tuh elok elok elok elok yer anak anak. Nanti jadi macam mak ni kan dah susah. =.=

Korang take care yer.
Jangan nakal-nakal.
Bye~

Pssst!
Dah register Rakan Blogger Klik1Malaysia belum?
Klik SINI tau!