.memang aku sangat marah ok

Salam.

Aku sangat marah ok. Sangat marah. Korang nampak kan aku marah? Nampak kan? Grrr. Aku memang tengah sangat emo dan marah dan hangin dan rasa nak kasi penampar dekat mangkuk hayun tengkorak ayam yang buat aku marah.

Ok, korang semua mesti cakap aku emo sebab aku period. Tak ok. Tak. Aku dah period hari tu. Aku bengang. Aku marah. Memang aku geram. Kau tak tau, jadi jangan nak pandai-pandai buat kesimpulan atas diri aku.

Aku ada hati. Aku ada perasaan. Aku ada limpa. Aku ada jantung, buah pinggang, paru-paru dan segala bagai lagi organ dalam tubuh badan. Jadi, aku adalah seorang manusia. Aku bukan kayu. Aku bukan besi. Dan aku bukan plastik.

Ada masa aku menangis. Itu fitrah aku. Hati aku lembik. Hati aku lemah. Hati aku rapuh. Aku cuba staple guna stapler tapi sakit. Aku cuba seletip, tapi seletip tak nak lekat dalam hati. Mungkin sebab hati aku basah. Aku cuba simen, tapi simen lambat nak kering. Lagipun simen tu kalau kering, dia berat dan keras. Sakit. Aku tak nak hati aku sakit. Sebab tu aku biarkan. Jadi, tolong jaga hati aku dengan baik.

Ada masa aku ketawa. Aku ketawa cuma 2 saat. Kadang-kadang lebih sikit. Bila aku ketawa, bila aku gembira, kau tanya, aku dah lupakan dia ke? Sekejap jer aku boleh lupakan dia. Macamana aku boleh lupa? Tak. Kau salah. Aku bukan jenis macam tu. Aku bukan jenis pelupa. Aku susah nak lupa. Mungkin sebab aku selalu check dalam air atau makanan aku, ada semut atau tidak.

Aku cuba untuk sorokkan kesedihan aku. Aku suka menulis. Aku suka merepek. Bila aku gembira, aku tulis. Bila aku sedih, aku tulis. Tapi dalam keadaan emosi aku tidak stabil, aku takut, terlalu banyak entry berbaur sedih dalam blog aku. Jadi, aku create tumblr. Tak ramai yang tahu. Bagus. Itu yang aku nak. Dan kau tak perlu nak ketawakan aku bila baca setiap entry sedih aku lagi. Kalau kau tak suka blog aku, kenapa kau buka? Kenapa kau baca? Sila pergi jauh-jauh. Jangan ambil tahu hal aku.

Sekarang ni masa aku tengah susah. Dan masa kau senang. Kau cakap memang senang. Orang tak suka, pergi. Jangan berharap lagi. Ye, aku tau. Aku cuba walaupun selalu gagal. Ini diri aku. Aku yang tentukan. Bukan kau atau mereka yang tentukan. Aku masih mencuba. Doakan aku berjaya, bukan terus buat aku lemah. Bukan terus buat aku jatuh. Bukan terus buat aku sedih dengan cacian dan hinaan kau.

Sekarang masa kau tengah senang. Cuba satu hari nanti, tuhan ambil kebahagiaan kau. Tuhan tarik kesenangan kau. Aku nak tengok masa tu kau macamana. Kau kuat ke tak? Atau kau pun lemah macam aku. Atau kau LEBIH LEMAH dari aku. Tuhan itu maha adil sayang.

Hidup ni macam tayar. Hidup ini macam roda. Roda dengan tayar sama kan? Kadang-kadang ok, kadang-kadang pancit. Kita kena selalu ada pam. Kau ada pam tak? Aku nak pinjam.

Kau tak suka aku?
Itu hak kau.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aku sedih.
Ye, sangat sedih.

Kau tak tau, kau tak rasa. Hidup kita tak sama. Perjalanan hidup kita berbeza. Aku tak mintak apa-apa. Aku tak mintak kau kesian kan aku. Tak ada apa yang perlu di kesiankan. Cuma,

TOLONG HORMATI AKU.
Tak perlu perli-perli-perli aku.

Aku tak pernah kacau kau.
Aku tak pernah sakitkan kau.

Kenapa perlu kau sakitkan hati aku?
Kenapa perlu kau kacau emosi aku?

Aku memang tengah marah
Nampak asap keluar dari telinga aku?

Ok fine,
aku pun tak nampak.
Dan....



AKU TAK NANGIS.
Mata aku berair sebab aku sakit mata.

"Sadness, please go away!"

Cuba letakkan diri kau dekat tempat aku sekarang.
Tak lama pun, 5 minit cukup lah.

Apa kau rasa?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ok.
Aku rasa mengantuk.
Aku rasa nak ambil wudhuk.
Aku nak solat maghrib.
Kasi hati aku tenang sikit.

Bai!