.macam lah aku ni desperate sangat nak dekat pakwe kau tuh!

Salam.

Grrr. Geram.. I dah lah lapar gila. Tak makan lagik satu hari ni. Tapi sebelum makan, biasa ah, jalan-jalan dekat blog, dekat FB, walaupun tak tinggal jejak. Then singgah lah dekat FB kawan sekolah ni, Kamal (bukan nama sebenar). Lepas tu I tengok lah dekat wall dia then terdetik dalam hati, "Eh, asal wall post ni sebijik macam dekat wall aku je"

Yang post tuh GF kepada kawan I tuh. Tapi GF dia bukan friend I dekat FB. So, nampak sangat lah kan dia stalk I punya page. Lagipun I tak private wall I. So, friend of friend memang boleh baca. Saja je tak nak private. Kang orang cakap I ni perasan artis. Kah kah kah.

Yang I hangin nye, asal nak copy paste ayat tu? Perlu kah? Jeles kah? Hoh..Cik Puan Dot Dot Dot, aku tak berminat langsung yer ke atas encik boyfriend anda itu. TIDAK MINAT LANGSUNG. Sebelum tuh, I kalau nak buat entry marah, gunakan "aku" sebagai pengganti nama. Baru lah nampak garang sikit. Keh keh keh. Garang kan? :P Ok dah, sambung.

Kehadapan Cik Puan Dot Dot Dot,

Kalau aku NAK DEKAT BF KAU TU, dah lamaaaaaaaaaaaaa dah aku kidnap. Tapi aku bukan lah jenis macam tu. Aku kenal BF kau tuh dah berbelas-belas tahun. Lagik lama dari kau kenal dia. Lagipun mana de aku bersayang-sayang-sayang dengan BF kau tu. So, tak payah lah gelabah sangat.

Walaupun aku single, aku tak desperate nak ada BF ok. Bukannya tak ada orang nak aku, aku je tak nak. Ok, aku perasan. Haha.

Aku rasa, mesti kau baca entri aku yang ni sebab tu kau gelabah kan? Aku tau kau baca blog aku sebab kau suka stalk aku. Aku main-main jer kot dalam entry tu. Haish, siapa yang kenal aku, dia tau ah aku ni macamana. Aku memang suka mengarut.

Aku pun perempuan. Aku bukan dua alam. Aku bukan pondan. Aku paham perasaan kau. Kalau aku ada BF pun, aku mesti jeles sebab aku ni lagik kuat jeles. Tak caya tanya H. Sebab tu dia tinggalkan aku. Ok fine. Diam ah.

Aku tak lah kejam mana. Kalau kau nak tau, hari tu Kamal cakap dengan aku yang dia nak masuk meminang kau next year. Masa dia cakap dengan aku, muka dia bercahaya cahaya. Mata dia berkaca-kaca. Ok tipu. HAHA. Tapi memang serius dia nak tunang dengan kau next year. Suka tak? :P

Kalau kau sayang BF kau tuh, jaga lah dia elok-elok. Kurangkan merajuk. Kurangkan jeles. Yang penting kerjasama. Eh, yang penting kena saling percaya. Aku tau kau long distance dengan BF kau. BF kau lagik dekat dengan aku. Hakhak. Cuak ah tu! :P Don't worry lah. Aku tak cilok. Aku pernah rasa long distance relationship. Kan best. Hari hari rindu. Hari hari hairi sayang. Sampai sekarang aku masih sayang. Err eh tak. Diam ah!

So, aku doakan kau dengan Kamal kekal lah.. Jangan risau. Aku tak jahat. Aku tak desperate pun nak pakwe. Relaks lah. Baru 3 bulan single. Genapkan 3 tahun lah, baru cool :P Take care. Jangan gaduh gaduh pasal aku lagik k. Aku tak cun pun. Aku ni kurus kering, pendek, hitam, muka berkedut-kedut. Kau lagi cun. Ok babehh :P

Cik Puan Dot Dot Dot,
Ni sandal I dengan ehem ehem I yer
Bukan sandal I dengan ehem ehem u

Jangan ler risau sangat :P
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Heh, susah tul jadik single neh kan?
Selalu kena fitnah.
Isk.. sadis tul.. :'(

xoxo