.izzati ohh izzati

Salam Readers~

Dah lama I tak cerita pasal Izzati kan? Heee~ Untuk pengetahuan korang semua, Izzati dah beransur pulih dan beliau dah tak duduk hospital dah. Terima kasih atas doa kalian semua.

I ada pergi melawat beliau. Masa melawat tu, sedih jugak lah tengok keadaan beliau. I nangis. Itu sudah pasti. Tapi I tau beliau kuat dan tabah. Walaupun beliau tengah sakit, beliau still lagi boleh gelak-gelak dengan I.

I & adik-adik Izzati.
Terima kasih encik cameraman yang kacak

I ada snap gambar dengan Izzati tapi family dia tak bagi publish dekat mana-mana. Semalam Izzati ada contact I sebelum beliau tidur. Beliau cakap, tiba-tiba teringat dan rindu dekat I. Kita pun rindu kamu jugak! :) Heee~ Tak sabar nak tunggu beliau sihat semula.

"Izzati, kita sentiasa doakan Izzati cepat sembuh.
Izzati suruh kita jadi kuat so, Izzati pun kena kuat!"


Bai!