.hubungan itu direstui keluarga, alhamdulillah =)

Salam.

Heee..Korang semua dah tengok kan bakal abang ipar Chacha kan? Hensem tak? Kikikiki... Tengok lah siapa kakak Chacha.. Hensem jugak kan? So, mesti lah dapat pakwe hensem gak. Hihihihi.

Ada yang terlepas tengok tak?
Ni gambar "dia"

Sweet kan? Kikikiki. Nama dia Hafis. So I panggil dia Abang Apis. Takkan nak panggil "B" jugak kot. =.= Semalam kan birthday adik lelaki I yang ke 22 tahun. So, Abang Apis pun join sekali kami makan-makan. Orang cakap, mengeratkan silaturrahim :') Lagipun, hubungan ni direstui keluarga. InsyaAllah, hujung bulan 12 nanti, family Abang Apis datang rumah untuk meminang. Doakan yang terbaik yer........ :')

My siblings...

Happy Birthday Yeop!
Chacha tuh memang over.
Dia ingat birthday dia lagi =.=

Bakal mertua Abang Apis :')

Manja-manja dengan mama :P

Celebrate dekat Medan Ikan Bakar Sabak Awor.
Makan sotong celup tepung, teringat kat someone :'(

Hm..ok. Ramai yang mendoakan kebahagiaan I lepas I publish entry semalam. Thanks sangat-sangat. Terharu gilaaaa....

Semoga Kak Intan tak sedih-sedih lagi dah lepas ni
o(*^^*)o

semoga berbahagia sis! :)

Really?! Alhamdulillahhhh :D

whoaaaaa congrats sis intan!!! :)

insyaAllah.
doa yg terbaik ye.
XD

cute,,hope he's da right man 4 u dear,,
jgn sedey2 g pasni..hehe

wow..!!!hahahaha..ensem2..
if ni jodoh baru ko, aku sgt stuju..!!!!
hahaha.gud luck intan!

err...jgn bangga pulak..cuma nk ckp..
"MUKA DIA ADA IRAS2 SAHEIZY SAM.!!!" =.=!
ok lah tu..hope lps ni no more air mata ya cikgu..
best of luck in ur relationship..amin~ =)

I cuma mampu tersenyum. Tak mampu nak cakap apa-apa. Sebenarnya, nak nangis pun ada. Sebab I terharu gila. Ramai kawan-kawan I ingat I dah move on. Siap ada BF baru lagik.

TAPI SAYANGNYA, I BUKAN JENIS MACAMTU. I bukan jenis, cepat berubah hati. No, I am not. :') I jenis yang setia. Sekali I sayang, I susah nak lupa, I susah nak tinggal. I memerlukan masa yang sangat lamaaaaaaaaaaaaaaa untuk melupakan......... :')
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Abang Apis ni sebenarnya BF kakak I.
Merangkap bakal abang ipar Chacha jugak kan?
^.^

Semalam saja jer nak snap gambar dengan Abang Apis. Hihihihi. Tengok muka I dengan dia pun tak sesuai langsung. Lawak pulak tengok gambar tuh lama-lama. Tak ada chemistry langsung. Tak sweet macam gambar I dengan H dulu.. Tengok lama-lama pun, masih berseri-seri. :') InsyaAllah, tak lama lagik, kakak I dengan Abang Apis akan di satukan. Nanti I jemput korang yer ^^,

I masih lagik single. Masih lagik macam dulu. Gedik, manja, mengada dan suka nangis. Hihihi. I memang lah tak menangis setiap 2 saat macam dulu. I boleh lah adapt dengan keadaan sekarang ni. Tapi kalau I sorang-sorang, I teringat, nanti I sedih pastu tiba-tiba mata I masuk habuk secara berjemaah dan airmata pulak mengalir secara berjemaah jugak =.= Dem. Siut tul.

Relaks lah, baru 3 bulan kan... Ada kawan I, bertahun-tahun single. Ok jer.. :') Mesti ada orang cakap, "Wahhh Intan..hari tu beria-ia melalak, menangis, meraung... Tup tup dah ada pengganti." Heeeeee... No, tak ada pengganti lahh... Tak rasa pun nak cari pengganti. :') Bagi lah lelaki sehensem Aaron Aziz pun, I tak nak :P

Tiba-tiba nak feeling nyanyi lagu Imran Ajmain.. Jom nyanyi sama-sama!

♪♫♪ Relaku menunggumuuuu...seribu tahun lama lagiiiii....Tapi benarkah hidup, aku kan selama ini... Biar berputar ke arah selatan.. Ku tak putus harapan.. Sedia setia...... Relaku mengejarmuuuu... Seribu batu jauh lagi.... Tapi benarkah kakiku kan tahan sepanjang jalan ini... Biar membisu burung bersiulan... Terlelah gelombang lautan... Ku masih setia... Adakah engkau tahu... Ini cinta... Adakah engkau pasti... Ini untuk selama-lamanya......♪♫♪

Ok dah cukup. Tak leh nyanyi banyak sangat. Nanti Imran Ajmain tak dapat carik makan pulak. Kikikikiki.

Bye korang.
Muah!