.followers yang mencanak-canak

Salam dan selamat malammm semuaaa!!!

Heeeeee actually I baru bangun tidur neh. Mata kanan I sakit. Asal ntah. Bila kelip mata, makin sakit. Kawan I cakap, jangan nanges je. Nanti saket mata. Masalahnya I kalau nanges, I tak saket mata, I saket dada. Kadang-kadang jer saket mata. Huhuhu. Hoii! Mana ada I nanges. Last I nanges hari Khamis hari tu lahhh. Lalalala~~~ Tapi pelik, asal mata kanan je? Dah merah jer ni... T___T *sob sob sob

Followers.
Sebenarnya nak cerita pasal followers, bukan pasal mata. Huish, makin hari makin ramai follow blog I. Semalam tengok 2200. Hari ni dah bertambah lagi. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih banyak-banyak tauuu. Tak tahu nak cakap macamana lagi. Terima kasih lagi sekali. :)

UV I tak banyak, malas dah nak kejar UV. Average 600-700. Kadang-kadang cecah lah seribu. Ada, ada. Tak ada sudah. I tulis entry untuk bacaan sendiri. Kalau ada orang baca, terima kasih. Kalau tak ada, tak pe. Mak tak sentap nyahh. ;)

Ramai newbie email I, message I dekat FB, dekat formspring. Tapi yang beradab je I reply. Bukan apa, banyak budak sekolah yang ada blog sekarang. Sukati jer nak panggil I, Intan/Awak/You. I neh lagi beberapa hari nak masuk 24 tahun, so hormat sikit yer adik adik sekalian. I pernah ada anak murid sebaya mereka semua. Walaupun I dah tak mengajar, doang still panggil I Teacher/Cikgu.

I bukan sombong, tapi kalau nak mintak tolong, sila lah beradab. Ini tak,

"Awak tolong buatkan header transparent."

Anda siapa mahu arah-arahkan saya? HUH, emo di situ. So, kalau nak mintak tolong, cakap elok-elok. Ini main terjah jer. Mana salam-nya? Kita kan orang melayu, orang islam. Berbudi bahasa amalan kita. :)

Berapa ramai bloggers I tolong edit blog sana sini. Tak mintak bayaran sesen pun. Kalau ada pun, itu yang buat bisnes. Yang buat blogshop. Kalau blog persendirian, memang I tak pernah charge apa-apa. Blogging kan untuk seronok-seronok. Bukan nak tensen-tensen.

Tak rugi pape kalau cakap elok-elok. Orang yang nak ajar pun jadik ikhlas nak ajar. I ni bukannya makan orang. I makan nasik je. Kadang-kadang makan jugak kek, coklat, mee, biskut, roti.. Err tumpang tanya, korang ni nasik ke? Tak bukan? ;)

Hmm dah membebel banyak dah. Dah terserlah keTUAan I di situ. HAHAHA. Ok lah, I nak pergi dapur. Nak tengok apa yang ada. Lapar kot. Last makan tadi time pergi wedding rumah Diyla. Kalau I rajin, I post lagi lagu best-best dan comel-comel malam ni. Kalau malas, esok jer lah. Hihihi.

Terima kasih lagi sekali kepada
followers tersayang.

Bai!