.feeling gedik tak habis lagi

Salam.

Hey heyy...meh baca cerita budak intan yang comot ni. :P Petang tadik, I pergi Melaka dengan adik adik I. Confirm lah bukan I yang drive sebab I ni pen-takut walaupun I dah ada lesen dan kesimpulannya lesen I tuh frame je ah kat bilik. T__T

I nak pergi Melaka sebab nak ambil skuter ego I dekat rumah uncle. Masa baru start cuti sem hari tu, tak sempat nak bawak balik rumah sebab dah lewat malam. So, abah cakap simpan dulu kat rumah uncle. Kalau letak kat rumah sewa I, takut hilang since rumah tuh dah kosong. Cuti sem kot, apekejadahnya nak duduk situ :P

Comel kan kami? Heee

Sebelum gerak ke Melaka, tiba-tiba gedik nak snap pic dekat laman rumah. Hasut Chacha sekali untuk menggedikkan diri secara berjemaah. Kami memang pasangan yang ideal :P

I suruh chacha buat gaya macam kat atas tu semula,
tapi dia nak buat peace plak. Grrr!

Ohh comelnya.
Macam model kan? :P

Kah kah kah.
I tau I perasan :D

Adik I tensen layan akak dia neh.
Kat celah pokok pun nak snap gambar.
Hihihi.

Aksi dalam kereta haruslah ada.
Tak jadik pulak nak besarkan mata.

I pelik lah, bebudak sekolah sekarang, kalau snap gambar, mulut mesti muncung, mata mesti terbeliak. Tapi comel. Jeles! Sebab I tak pandai nak gedik camtuh. =.=

Sampai rumah uncle I dalam pukul 6 petang. Tu pun sebab merewang dulu dekat Wetex Parade kat Muar tu. Layan Cool Blog :P Tapi, bila sampai rumah uncle I, tiba-tiba tak jadik ambil skuter I. Sebab kena tolong isi telur dalam bekas. Haha. Kazen I kahwin sabtu ni, so busy lah tolong. Esok pun kena datang tolong lagik. Heee..I memang suka bab tolong tolong orang nak kahwin ni. Feel konon konon macam I yang nak kahwin. Hihihi.

Last-last tadi call abah I dekat rumah, cakap ngan abah, ambil esok jer kot. Tapi kena datang Melaka awal sikit. Sebab abah tak kasik bawah skuter tu malam malam. Anak dia ni kan comel, kang kalau ada orang ngorat, susah lah. Kikikikikiki. :P

Pelik tak telur rebus warna merah?

Ni first time I tengok tau.
Betapa jakun nya I.
T__T

Eleh, korang pun mesti first time jugak kan?
Wekk..korang pun jakun!
Hakhakhak! :P

Ini pelamin yang tak siap lagi.
Tema sabtu ni purple pink.

See?
Kakak dengan adik sama jer.
RAJIN! :P

Ni adik lelaki I yang drive kereta tu.
Adik lagi satu tak snap pulak gambar dia.

Khuyuk budak kecik ni buat kerja.

Huuu~ Best sangat hari ni. Walaupun letih tolong kat rumah uncle tadi, tapi seronok sebab dapat kumpul ramai ramai.

Errr....sebenarnya feeling gedik semalam pun tak habis lagik. Fuhh..mintak-mintak secret admirer I call I dalam masa 3 minit dari sekarang :P Hihihi.

Selamat malam korang!
Xoxo!