.chacha yang...... urgghhh! | angah rindu b tak?

Salam Readers~

I ada 3 orang adik. Yeop, Dik fiq dan Dik Cha. Yang paling I sayang mesti lah Dik Cha tapi I lagik prefer panggil dia Chacha. Its not that I tak sayang yang lagik dua orang tu, tapi sebab Chacha paling bongsu, mesti lah sayang lebeyyy kan. Plus Chacha comel. Yang lagi dua orang tu, errr sendiri mau ingat lah. Keh keh keh.

7 Disember nanti, genap umur Chacha 4 tahun. Dia cerdik. Dia bijak. Dia comel. Dan dia adorable. Dia dah pandai sebut "Ya Allah"... :")

Kadang-kadang kan, bila chacha cakap, dia suka bagi dialog pada I suruh ikut macam apa yang dia nak. Zzzzz.... Sebagai contoh, bila hujan turun...

Chacha : Angah jangan takut. Itu cuma hujan.
Angah : Angah tak takut lah
Chacha : Angah cakap lah, Chacha angah takut lah.
Angah : Chacha, angah takut lah
Chacha : Jangan risau. Chacha ada.

Comel kan? Rasa macam nak kasi pelempang kan? Haha. Ok, jom tengok ayat dia yang lain.

Angah : Chacha, angah lapar lah.
Chacha : Hmm chacha ade sebikut. Angah nak tak?
Angah : Angah nak biskut, bukan sebikut.

Time angin dia baik, baik lah dengan I. Kalau dia nangis, ya ampun memang bingit ah telinga neh. Buat tak tau jer. Nanti dia penat, dia berhenti nangis. Tapi kadang-kadang dia nangis macam orang kena sawan. Nak je bagi tangan kat muka dia. Ok tipu. Gila ke? Silap-silap tangan mama dekat muka I. =.=" Mama jer lah yang boleh pujuk dia. Anak mama kan? :) Tapi kadang-kadang dia pelik.

Chacha : Chacha nak tidur kat atas katil angah lah.
Angah : Jom lah.
Chacha : Hmm tak nak lah
Angah : =.="

Hari tu, Yeop ada suruh I belikan Chacha sayap pari-pari. Bila I belikan, Chacha suka sangat pakai. Then I tanya dia,

Angah : Awak ni pari-pari ek?
Chacha : Tak lah ngah. Chacha puteri raja.
Angah : =.="

Baru-baru ni, Pizza ada memperkenalkan Pizza baru yang bapak banyak cheese tuh. I tak try lagik. I cakap lah dengan Chacha, soh dia bodek mama atau abah, belanja pizza he he he

Angah : Chacha, jom lah kita pergi makan piza. Chacha ajak lah abah dengan mama. Angah tak ada duit.
Chacha : Chacha ada duit! Chacha ada banyakkk duit. (sambil tunjukkan tabung dia)
Angah : Takkan nak korek tabung pergi makan piza. T__T

Chacha dah pandai buang air kecik sendiri. Meaning, dah tak payah pakai pampers. Cuma, kalau nak outing family atau dia nak ter-bery, mama akan suruh pakaikan dia pampers sebab dia tak pandai bery dekat toilet lagik.

Chacha : Angah, chacha nak terber**.
Angah : Pergi amek pampers cepat. Angah pakaikan.
Chacha : *datang bawak 1 plastik pampers*
Angah : (aku cakap bawak satu je, mangkuk tul)

Part Sedih
Walaupun Chacha ni bukan adik kandung I, tapi dia sangat rapat dengan I. Bayangkan lah, sejak umur dia 1 hari, dia dah mengadap muka I. Huhu. Tapi, since I cuti semester ni, I tak ada apa-apa nak buat dekat rumah. Melayan dia jer lah. Jadik makin rapat dengan dia. Tapi kadang-kadang, dia buat I sedih dalam gembira.......

Chacha : Angah, besok angah rindu B tak?
Angah : Hmm kenape? *speechless* Hm..Chacha rindu B tak?
Chacha : Hm tak..chacha rindu kawan2 chacha jer.

Chacha : Angah tak telefon B ke?
Angah : Hm tak.

2-3 hari ni asyik ulang ayat yang sama jer. Nasib baik dia budak. Tak tau apape. Tapi ingatan dia pada B cukup kuat. Sedangkan dia yang kecik pun ingat dan tak lupa pada B, apatah lagi I yang dah tua bangka ni. Kan? Tapi kenapa mesti B? Mana A? Mana C? Mana huruf-huruf yang lain?? Zzzzz...

Cis, mula2 nak buat entry kelakar,
Jadik sedih pulak last-last
Dem!

Delete kang entry ni.
Zzzz..

Bai!