.nenek kebayan

Salam.

Rasa nya macam dah lama gila tak letak muka sendiri dekat blog. Tadi bukak-bukak folder gambar, jumpa gambar ni.

Ni gambar lama.
15 July 2010.

Cantik kan glove tu.
I ada banyak glove cantik cantik cantik.
Semua tu orang yang tersayang bagi :-)

Masa ni tengah bahagia lagi. Muka pun masih tembam. Tak macam sekarang. Muka berkedut, cengkung. Nampak macam lebih tua dari usia. Nampak macam nenek tua yang berumur lapan puluh tujuh tahun je. =.=" Badan pun kering. Macam nenek kebayan. Lepas tu, rambut mengerbang. Mata lebam. Senang cakap, memang tak terurus ah. Sebab tu malas nak letak latest gambar dalam blog. Takut korang ngeri tengok muka I. I pun scary nak describe tentang diri sendiri. HAHAHA.

Hari tu besties I datang rumah, Noy, Za and Nabila. Saja melepak-lepak di Hari Raya...

"Intan, kenapa kau makin cengkung. Muka cengkung, badan pun kurus macam budak sekolah rendah"
"Oi Intan, kau ni macam kurang zat makanan tau tak"
"Intan, kau ingat kalau kau nangis macamni, masalah boleh selesai ke?"
"Kau tau tak, muka kau, mata kau, dah macam orang amek barang (isap dadah) tau"

Weh, jangan lah marah. Korang marah, lagik lah I nangis. Huhuhu. Walaupun muka I ganas, tapi dalam hati ada taman. Tengok movie yang tacing sket pun, airmata dah mengalir laju. Rasa nak simen jer hati ni kasik keras sikit. Zzzzz...

I rasa I dah semakin kuat kot. Tak pe lah. Redha jer lah. Doa banyak-banyak. Kalau dia memang untuk I, dia memang untuk I. Kalau tak, nak buat macamana. Isk..ayat nak pasrah je kan kan? Huwaaaaaaaaaa........:'(

Memang nangis tu tak dapat selesaikan masalah, tapi at least I dah lepaskan semua benda yang menyibuk dalam kepala otak I ni. Rambut pun asyik gugur. Kepala pun asyik pening jer.. Pening, demam. Lepas makan ubat, jadi ok. Bila tak makan, pening balik. Demam balik. Ngek betul ah. I tak tau nak cerita pada siapa. So, biar lah masalah tu pergi melalui air mata. Wahh tragik tak? Boleh buat filem neh. Kalah filem Dr Rozmey tuh. Keh keh keh.

So, mulai hari ni, I nak makan banyak-banyak-banyak-banyak kasik muka tembam semula. Then nak makan banyak-banyak-banyak-banyak, semoga bentuk badan I menjadi ramping dan menawan dan mahu kurangkan nangis semoga muka I berseri-seri-seri-seri. Hihihi. Kurangkan yer, bukannya tak nangis langsung tauuuuuu :P Baru lah Adi Putra akan masuk meminang I. Ye tak? Bhahahaha! =))

Hmm...
I neh cakap je lebih.
Kang 2 saat lagi, bila teringat balik, nangis balik.
Dem ah.

Tiba-tiba airmata ni macam dah nak keluar dah ni.
Zzzzzzzz.........

Baek pergi tidur sekarang jugak.
Duduk depan lappy lama-lama, bikin gua sadis jer.
Tensen mak ni nyahhhhhhh!
T_____________T