.berpuasa di hari arafah

Salam.

Siapa yang berpuasa hari ni angkat tangan cepatttt... Dah dah, tak payah angkat lama-lama. Kang orang cakap riak pulak. Kuikuikui.. Hari ni dah 8 Zulhijjah.. Esok 9 dan lusa 10 Zulhijjah.. Meaning hari rabu ni kita rayaaaaaaaaaa! Yeayy!

Sebenarnya kalau nak di ikutkan, raya haji dengan raya puasa, raya haji lagi patut disambut meriah. I tengok sekarang ni, raya puasa yang kita semua celebrate beria-ia. Huhu. I pun sama jugak. Pandai cakap orang. :P

Korang tau tak Hari Arafah tu apa? Meh sini Ustajah Intan nak kasi tau. :P

Hari Arafah adalah hari yang kesembilan dari bulan Zulhijjah yang mana bagi jemaah haji mereka diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana. Bagi mereka yang tidak mengerjakan ibadat haji , disunatkan berpuasa. Pada hari ini juga disunatkan untuk mengumandangkan takbir.

Credit HERE.

So, bagi yang boleh puasa tu, puasa lah esok ek. Tapi untuk jemaah haji, disunatkan untuk tidak berpuasa. 11, 12 dan 13 tuh Hari Tashrik. Kita diharamkan untuk berpuasa pada hari tersebut. Tak yah lah korang terlebih rajin nak puasa time tuh ekk. :P

Dekat Mekah, ramai yang dah start puasa sebab doang sume raya esok. So, kalau ada yang puasa hari ni pun tak pe. Tapi yang tak boleh puasa tuh, sabar jer lah nyah. Mintak-mintak dipanjangkan umur tahun depan dan dapat puasa. Oyeah oyeahh! ^^,

Hari Arafah hari istimewa.
Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)." (Sahih Muslim)

Pujian Allah bagi orang yang wukuf di Arafah.
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT. memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka : “ Lihatlah kepada hamba-hamba-Ku yang datang kepada-Ku.“.(Riwayat Ahmad)

Digalakkan berpuasa kepada yang tidak menunaikan haji.
Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah (9 Zulhijjah)? maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dikaffarah(diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Sahih Muslim)

Credit HERE.

Hah, terbeliak mata korang kan kan? So, apa lagik. Dah boleh-boleh pasang niat nak puasa esok. Heeee.... Selamat Hari Raya Korban! Korbankan lah apa yang patut. Jangan korbankan diri sendiri dah lah. =.='

Salam Aidiladha!
Esok wish lagik
Kuikuikui.

Zzzzzz..
kepala I saket gila pork
I need painkiller then
nak tidur sampai malam

Malam kang update lagik.