.berhari raya tanpa si dia

Salam.

Ini entry sedih. Yer, entry sedih lagi. Sila sediakan tisu untuk lap airmata dan mucus yang akan keluar sebentar lagik. Tahun ni raya haji di sambut biasa-biasa jer. Tak ada apa-apa yang istimewa.

Gambar raya puasa tahun ni.

Persiapan
Raya puasa tak sama dengan raya haji. Raya haji biasanya kiteorang satu family sambut biasa-biasa jer. Baju raya memang tak buat. Kuih raya memang tak beli langsung. Tapi pagi raya, kepupat, rendang, lodeh tuh semua memang ada.

I, Abah, Mama & Along.

Abah
Abah I polis. So, pagi raya lepas solat raya mesti beliau akan terus ke Balai. Biasa lah, time raya lagik banyak kes kena settle. Kes accident lah, mercun lah, curik la. Macam-macam hal. Abah I kan Pegawai penyiasat. So busy lah sikit. Time raya puasa hari tu, mata abah kena sengat tabuan. Tak pasal-pasal kena pakai spek hitam time ambil gambar. He he.

Mama pun sama. Kadang-kadang, time raya, kena standby jugak. Sebab mama nurse. Kalau ada accident ker, apa ker, mama jugak yang kena pergi tengok. Time raya, mama lah yang paling sibuk sebab semua benda mama buat. I pun tolong jugak tapi tolong tengok jer lah. Hehe.

Angah & Along.
Muka kami tak sama kan?
Angah lagik comey kan kan hehe

Along
Ni kakak I yang sulung. Tak pernah-pernah along tak balik raya. Tapi tahun ni along tak balik sebab dia cakap, cuti cuma sehari. Along kerja sebagai Pegawai Penyelidik dekat Institut Perikanan Batu Maung, Penang. Kalau nak balik sehari, penat. So dia cakap, nextweek dia balik lama sikit sebab kazen I kawen.

Angah
Heh, I lah tu. Tahun ni, raya macam biasa. Tak dapat pergi solat hari raya sebab I tak boleh solat. Time raya puasa hari tu pun sama. Siut jer.. Zzzz.. Rutin tahunan I time raya adalah iron baju raya untuk SEMUA orang dalam rumah. Ikhlas ke, tak ikhlas ke, memang itu jer kerja I tiap-tiap tahun. Nak tak nak kena buat jugak. Upah? Kalau mintak dapat ler. Hehe..

Yeop & Adik
Budak duaorang ni paling sibuk. Sebab abah mesti akan mengarahkan budak neh untuk kemas apa yang patut. Bila big boss dah membebel, redha jer lah. Hakhakhak.

Chacha
Chacha kan puteri raja. Memang tak boleh bantah apa yang dia cakap. Sabar je lah nyah. Tapi pagi raya dia lah paling kecoh. Seletip mulut satgi baru tau. :P

Nenek
Nenek dah semakin uzur. Sayu jer. Bila suap nenek makan, nenek diam jer. Nenek boleh cakap lagi, cuma terlalu lemah. Tahun ni, masuk tahun ke 4 nenek terbaring di katil kalau tak silap I. Kami sekeluarga yang jaga nenek. Setiap tahun, saudara mara yang datang rumah kami. Kami memang beraya di rumah jer. Tak kemana-mana. Tunggu orang datang jer.

Gambar hiasan.
Tetiba TER-upload gambar ni.
=.="

Si Dia
"Sayang, I tak balik raya tahun ni. I mintak maaf banyak-banyak dari hujung rambut sampai hujung kaki. Selamat Hari Raya Aidiladha. Tahun depan, kita raya sama-sama yer. Tahun depan, giliran rumah I kan kan kan? :P "

*Pang muka sendiri sebab kuat berangan!*
=.="
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Eh, sedih ke entry ni? Sedih lah jugak kot. Sayu jer dengar takbir raya dekat masjid. Dah lah rumah I depan masjid. Along tak balik raya, nenek pulak makin uzur.. Boyfriend pulak jauh. Err ok fine. I terlupa yang i tak ada boyfriend dah. T__T Raya tahun ni macam tak best jer. Sunyi jer. Hm...I teringin nak beraya di Mekah. Pergi menunaikan ibadah haji. Ntah bila lah agaknye ekk.. :'(

Tahniah kepada Mak & Abah adik kesayangan I, Eykameow sebab dapat menjejakkan kaki ke Bumi Allah SWT. Doakan mereka selamat menunaikan ibadah haji dan selamat pulang ke Malaysia. Dan juga kepada rakyat Malaysia yang lain. Aminn~ Selamat Hari Raya Korban. Korban lah apa yang patut. Tapi jangan anda yang terkorban dah lah. Pada yang nak balik kampung, berhati-hati di jalan raya ^^,

Labbaikalla humma labbaik...
Labbaika la sharika laka labbaik...
Innal hamda...
Wan ne'emata...
Laka walmulk..
La sharika lak...

Salam Aidiladha~
Maaf Zahir dan Batin

Al-fatihah kepada yang telah pergi
Semoga roh mereka berada di kalangan orang yang beriman