.an arranged marriage

Salam.

Ok. Dengan berakhirnya kisah emo dalam episod lepas, err maksud I, entry lepas, mari lah kita sama-sama maju ke depan. Jangan undur kebelakang. Anggap jer kereta yang korang bawak, tak ada gear reverse ok.

Korang pernah terfikir tak mahu give up dalam percintaan? Cewah. Kata dah berakhirnya kisah emo tapi nak cerita lagik pasal cintan cintun. Haha. Thats me. Cakap macam kambing. =.='

Sebenarnya nak cerita pasal perkahwinan yang di aturkan oleh keluarga. Adakah ia se-sweet cerita I'm not single atau Adamaya? Itu dalam TV atau wayang. Semuanya director yang tentukan. Ok, lepas ni kau gaduh, ok lepas ni kau sweet-sweet ek. Itu semua ada dalam skrip tapi hidup kita, Allah swt yang tentukan. We will never know what would happen next kan? Kita tak boleh nak predict hidup kita.

Ada orang kata, perkahwinan yang keluarga rancang akan lebih berkat, lebih di restui. Sebenarnya I nak cerita pasal soalan writing dalam MUET semalam. Dia kasik tajuk essay "An arranged marriage". =.=" I tak tau apa keburukan perkahwinan yang dirancang. Tapi mengikut pengalaman kawan-kawan, boleh lah I share something dengan korang. Tapi ni belum kahwin lagi. On the way nak kahwin sebab baru bertunang.

Kes Pertama.
Petang semalam, ada seorang kawan call I. Dia baru bertunang. Belum lagi kahwin. InsyaAllah, hujung tahun depan dia kahwin. I namakan dia Mr R. Mr R ni dulu dia gagal dalam percintaan. Si gf dia kahwin dengan pilihan keluarga padahal doang saling cinta menyintai. Malam gf dia nak nikah tuh, dia still call kawan I neh. Nangis-nangis. Mr R ni pun nangis-nangis gak. Kira drama habis lah. Cinta suci lah konon.

Yang mangkuknya, kalau Mr R ni sayanggggg sangat kat awek dia tu, asal lah tak masuk minang terus. Dia pun dah ada kerja tetap. Kerja kerajaan lagik. Bila I tanya, dia cakap, dia tak sedia. Tup-tup, ada orang lain masuk minang gf dia. Nasik sudah menjadi bubur. Tapi maybe sebab dah tak ada jodoh kan. So pasrah jer lah kan.

Bila dia dah frust menonggeng, dia pun cakap dengan mak dia "Mak, tolong carikkan isteri untuk saya. Saya dah malas nak cari sendiri". So, mak dia pun carikkan lah. Lepas dah jumpa, bagitau lah kat kawan I neh. Tengok gambar, ok cun. Putih. Kerja pun dah tetap, kerja cikgu. Kawan I ni pun pernah cakap, dia nak carik bini yang kerja cikgu. Demand sungguh. Tampar satgi baru tau. Haha.

So pertengahan bulan 10 hari tu, doang pun tunang. Kawan I ni tak mau pergi. Masa tu, dia macam menyesal jugak sebab mak dia carikkan betul-betul. Sebab dia main-main je cakap ngan mak dia. Hah, hambik kau. Kau ingat mak kau tu main-main ke? Kuikuikui. So, kawan I pun ikut lah sekali dalam rombongan pertunangan tu. Sekali bila jumpa bakal tunang dia face to face, dia macam menyesal. Sebab tak sama dalam gambar. Kira senang cakap, kat realiti tak secantik gambar lah.

Kawan I cakap, perempuan tu bukan taste dia. Body figure pun sama. Agak berisi. Kawan I cakap, dia suka perempuan kecik-kecik, comel comel. I marah-marah lah. I cakap, tak baik buat macam tu. Nanti kahwin, dapat anak mesti comel sebab perempuan tu putih. Dia cakap, dah dia tak suka. Takkan nak kahwin jugak. Then I pulak cakap, Dah tu, asal tunang jugak. Dia cakap, mak marah lah. Mak dah prepare macam-macam. I pun kasik lah ceramah free sikit dekat dia. Lepas tu, borak-borak lagik.

Intan : You panggil dia apa? Korang bahasakan diri korang apa?
Mr R : Dia nak panggil I abang tapi I tak nak. I cakap "saya awak" pun dah ok.
Intan : Eii..you ni tak baik tau. Kesian dekat tunang you tu.
Mr R : Mak I pun cakap macam ni. Tapi dah I tak suka, nak buat macamana?
Intan : Yang u gedik sangat suruh mak u carikkan kenapa? Padan muka.
Mr R : I sedih lah, sebab gf I dah kahwin.
Intan : Relaks lah, u tu bukan nya tua sangat. U kan laki, lain lah I ni, kalau tak ada orang nak, baru suruh mama carikkan.
Mr R : Takkan tak ada orang nak.
Intan : Diam ah! Hm yang u desperate sangat nak kahwin tu kenapa? Bila tarikh nikah?
Mr R : Sepatutnya hujung tahun depan.
Intan : Eii..lagi setahun! Bestnyeeee.. Tema warna apa? Nak beli baju siap-siap. Hehe.
Mr R : Kiteorang tak pernah bincang kan pun. Pelik kan? Kalau pasangan tunang lain, mesti dah bincang. Tapi kiteorang tak bincang pun.
Intan : U ni, tak baik tau. Kesian dia. Kalau I jadi tunang u, mesti I merajuk.
Mr R : Ntah lah. I serabut.
Intan : U tak sms dia ke?
Mr R : Tak. Biasanya dia yang sms I dulu.
Intan : Eiiiiiii....u ni jahat lah! =.=

Haha.. lebey kurang macam tuh lah kiteorang borak. Geram kan tengok kawan I tuh. Bengong betul. Lain kali, fikir dulu masak-masak. Jangan ikutkan perasaan. Kawin bukan benda main-main. Grrr.... Sebenarnya ada Kes Kedua tapi nanti dulu lah. Rasa macam dah panjang sangat entry ni. Hehe.

Korang rasa macamana? Suka tak mak ayah korang pilih pasangan untuk korang? Kalau terima sebab terpaksa, tapi dalam hati tak suka macamana? Tak ikhlas dalam hubungan tu nanti. Tak berdosa ke ek macamtu? Hm..I tak berani nak cakap. Kalau boleh, I tak nak. Tapi kalau dah jodoh, terima je lah. Kan kan?

Mama, angah nak bakal suami yang beriman
Dan muka macam Adi Putra tauu!
Hehe :')

Err..I demand ke?
TAK kan? (^^,