.aja aja fighting!

Salam.

Tadi IM dengan seorang kawan perempuan dekat FB, Mira (bukan nama sebenar). Dialog dia bukan lah exactly macam dekat bawah ni. Tapi lebih kurang lah isi-isi dia. Hehe.

Intan : Hi Mira.
Mira : Hi Intan..
Intan : Mr K dah tukar no handphone ek.
Mira : Haah, dia pakai 010. Dia pakai U mobile sekarang.
Intan : Ohh, ye ker.. Mira sihat ke?
Mira : Mira sihat. Intan sihat?
Intan : Kita tak sihat sangat ni. Pening kepala. Demam lagi. Kita ni memang selalu sakit. Hari ni sakit, esok baik. Lusa sakit balik. Hehe. Eh, bila nak kawin?
Mira : Mira nak tunang hujung bulan 12 ni. Sekarang tengah busy nak buat persiapan. Kahwin tahun depan kot.
Intan : Ye ke nak tunang... Bestnyeeeeee... Hmm Mr K bila nak kawen plak?
Mira : Hari tu ada borak dengan dia. Dia cakap, tahun depan.
Intan : Ohh ye ke.. Nanti sampaikan ucapan tahniah dekat dia yer.
Mira : InsyaAllah. Intan tak friend dengan dia kat FB ke?
Intan : Hm..tak.
Mira : Dia dah lain dah sekarang. Makin buncit. Dia dah tak pakai spec. Dia pakai lens. tapi tetap botak.
Intan : Kita tau.. Dulu pun, dia dah start pakai lens dah. Dah 2 tahun lebih kot tak jumpa dia. Eh, girlfriend dia cantik kan? Tengok kat FB, putih..
Mira : Cantik tapi kita tak rapat sangat dengan dia.
Intan : Ye ker.. dia tak selalu ke ikut K pergi lepak?
Mira : Tak. Dia jarang ikut. Intan tau dia student U*M jugak?
Intan : Tau.. Abang K pernah bagitau. Aritu pernah makan dengan Abang K dekat Melaka. Dia ada cerita. Dia cantik kan? Untung Mr K dapat dia.
Mira : Dia tak ada lah cantik macam dalam FB tu pun. Huhu.
Intan : Tapi kita tak lah secantik dia kan...
Mira : Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan kan...
Intan : Dia tak ikut Mr K lepak dengan korang macam kita dulu ke?
Mira : Dia jarang ikut. Kalau abang K buat makan-makan pun dia tak ikut. Mira bukannya nak menyibuk tapi nak jugak kenal-kenal dengan dia.
Intan : Hehe. Mungkin Mr K memang nak cari perempuan macam tu kot. :) Tak macam kita dulu kan? Suka sangat menyibuk. Kalau Mr K ada tournament futsal atau bola, mesti kita datang tengok.
Mira : Ntah lah Intan.. Dia memang tak pernah pun datang tengok Mr K main bola.
Intan : Ohh yer ke.. Hmm..Mira..nanti letak gambar tunang banyak-banyak tau dekat FB. Kawen nanti jangan lupa jemput kita tau.
Mira : Mesti lah jemput.. Intan jangan tak datang pulak...
Intan : InsyaAllah...

Hm..itu lah antara perbualan antara I dengan kawan lama. Banyak lagi yang kami borakkan sebenarnya. Bila borak-borak dengan Mira, teringat kenangan lama. Macam-macam bermain dalam kepala otak ni. Kenapa mesti macam ni. Kenapa mesti jadi macam tu. Perasaan tu tak best. Tapi apa apa pun, past is past. Apa yang berlaku, tetap telah berlaku. Dah tak boleh rewind.

Cuma doa dan ucapan tahniah yang boleh I beri. Tak elok kalau nak kacau hubungan orang lain kan? Semoga Mr K bahagia. I tumpang bahagia tengok dia bahagia. I tak tau lah dia baca ke tak blog I ni.. Tapi apa-apa pun, dia tetap kawan I walaupun kami dah jauh terpisah. Tak kira lah, siapa-siapa pun. I tak suka berdendam. I tak suka bermusuh. Pengalaman dari kehidupan silam banyak mengajar I. Ada suka dan ada duka. Kehidupan tetap kena di teruskan......

Ntah bila I nak rasa bahagia.
Asyik sedih jer...

Dari dulu sampai sekarang,
tak pernah bernasib baik. :'(
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jangan bersedih Intan.
Ada yang lebih baik untuk kamu.
Aja aja fighting! :')