.air masak

Salam.

Tak tahu nak update apa. Serius, rasa lemah gila badan ni. Tak tahu nak buat apa. Gila lost sekarang ni. Isk.. :'( Bukak FB, bukak twitter, formspring semua tak jalan. Bosan. Nak tengok movie, tak larat. Nak tidur, rasanya dah penat dah tidur.

Perut kosong. I tak makan apa-apa hari ni selain dari biskut Oat Krunch perisa coklat. Tekak rasa tawar. Rasa macam nak muntah. Minum milo, terasa milo tu tak sedap. Minum coke pun rasa dah tak sedap. Kalau dulu, hari-hari nak minum air coke. Last-last minum air masak. Tu pun sebab nak makan panadol.

Kepala ni masih rasa berat. Rasa nak operate, keluarkan batu yang ada dalam kepala ni. Mandi, basuh kepala lama-lama, pun tak hilang pening ni. Rasa nak je hentak dekat dinding. Tapi nak pergi ke dinding tu pun, rasa tak larat. Huhu. Orang kata, kalau sakit kepala, rehat. Dah rehat banyak dah. Rasa macam nak pergi jogging satu Malaysia jer.

Air masak
I tak tau lah kenapa lah I ni jenis susah gila nak minum air masak. Minum 2-3 teguk je dalam sehari. Kadang-kadang, dalam sehari tak minum langsung. Bukan kadang-kadang, tapi selalu kot. Tu sebab badan ni kering jer. :'( Sekarang ni pun, minum air masak sebab nak telan panadol. Kalau tak, jangan harap lah.

Selalu nak kena paksa, baru nak minum. Ingat lagi, kena paksa habiskan air masak oleh dia dulu. Hmm seksa gila time tu. Nak menangis rasanya. Pandang muka dia yang garang tapi comel tu, terpaksa habiskan. Tapi rasa tak habis pun. Sebab memang tak boleh masuk. Ok tiba-tiba rindu dekat dia. Sekarang dah tak ada orang paksa lagi. :'(

Asal I tak suka ek air masak? Dari kecik sampai ke sekarang ni pun I masih tak boleh terima air masak tu. Bukan tak boleh minum, boleh jer. Cuma tak terminum. Dulu, masa kat Melaka (rumah sewa), beli 2 botol air mineral yang besar. Dalam sebulan, tak tentu lagik habis. Lepas tuh beli air mineral Spritzer yang botol kecik-kecik tu 1 kotak. Itu pun, makan satu sem, baru habis. Dahsyat kan?

Macamana ek nak jadi suka pada air masak?
Kena declare couple ke dengan dia? =.="