.3 layer tea KFC terbaekkkkk!!!

Salam Readers~

I tak ingat bila KFC keluarkan 3layer tea tapi since I nampak iklan dia dekat surat khabar, I terus macam orang kena pukau. Zzz. Nak pergi KFC asyik tak sempat jer. Kalau KFC ada buat delivery kan best. Kan kera kan kan kan? Ngeee~

So semalam, adik I, Yeop nak pergi bank. So, I cepat-cepat sms mama, cakap nak pergi town dengan Yeop sebab nak pergi KFC sekali. Mama cakap, "Ok, balik cepat. Bawak chacha". I pun berdesuppppp siap-siap. Tengah pakai tudung, chacha cakap, "Angah ni sangat cantik lah" HAHA. Chacha ni memang banyak mulut. Macam tau-tau jer I nak keluar. Nak ikut lah tuh!~

Banyak nak cerita pasal chacha, tapi next entry lah ekk. Ok sambung cerita tadi. I pergi bertiga jer, Yeop yang drive, I & Chacha. Then sampai KFC, tak tau nak order apa. Yeop cakap tak nak makan sebab dia dah makan dekat rumah.

So, I order jer lah 1 set dinner plate, nugget, cheesy wedges. Then ada air baru yang KFC offer. Air strawbery yogurt untuk Chacha, Air oreo ape ntah untuk Fara dan air 3 layer tea untuk I! Yeayyyy! Yeop minum air Pepsi dalam set dinner plate tu sudeyyh. Hihihi.

Nyum nyum~

Lapar sangat ke dik?

Chacha suka makan coleslaw

Dah, tak payah nak tengok mata I lama-lama.
Jangkit nanti, padan muka!

I jumpa Fara dekat KFC semalam.
Beliau adik angkat I masa zaman sekola dulu.

3 layer tea

Ni kali kedua dalam seumur hidup I, I minum 3 layer tea. 1st time minum dulu, I minum kat mamak jer. Huhu. Minum sorang-sorang plak tu. Kental betul. Huhuhu~ I ada buat review pasal 3 layer tea tu dekat SINI.

I ingat nak pergi KFC lagi hari ni. Dekat Muar ada 3 cawangan KFC. Satu dah pergi semalam, satu jauh dari rumah dan satu lagi tengah renovate.

Kalau I pergi KFC semalam lagi sekali, segan lah.
Nanti abang cashier tu cakap I batak KFC.
T___________T

Padahal I cuma batak 3 layer tea jer.
Hihihihi.

Bai!