.tragedi tragik 101010

Salam Readers~

101010. Apa yang best nya tarikh ni? Ex-bf masa sekolah bertunang? Birthday kawan? Syeikh Muzaffar kahwin? Aqashah kawin? Kawan sekolah I kahwin? Ramai mengagung-agung kan tarikh ni. Kononnya cantik, kononnya sekali dalam hidup.. Tapi tolong lah jangan terlalu gembira sampai lupa semuanya...

Hari ni 101010 I ikut family I ke Selangor. Plan last minute. Ingat tak nak pergi, tapi last-last ikut jugak. Mula-mula pergi UPM, gf adik I konvo. Then pergi rumah uncle I dekat Klang and last sekali pergi Pandamaran, rumah sedara sebelah abah.

I dengan gf adik.

Then terus lah nak balik rumah. I pun cakap dengan Abah, nak balik awal, I ade test esok. Nak balik study sikit, so dalam kereta tu I tidur lah. Sedar-sedar dah sampai Hentian Pedas Linggi. Masa tuh dah jammed dah. I dah pelik. Adik I cakap, before sampai hentian tu, ada eksiden, lori dengan motor kalau tak silap. Nampak dead body atas jalan. :"(

Tak sangka lah depan sikit, ada eksiden lagi. I ingat the next eksiden tu tak jauh dari Hentian Pedas Linggi tu, Abah pun dah penat drive, and abah tak bagi pulak siapa-siapa ganti abah drive. Sebab abah cakap, bahaya dalam keadaan macamtu kalau tak cekap drive.

Banyak ambulan lalu, JPJ, Polis, Jabatan Pertahanan Awam.. Helikopter bagai.. Memang suasana time tu bingit sangat-sangat... Kepala dah pening. Bising sangat. Ramai orang turun dari kereta dan jalan kaki sebab nak tengok sendiri tempat eksiden tu.. Tapi serius lama gila stuck dalam jammed. Bau hangit terbakar, bau asap.. Macam-macam bau lahh...

I lepas dari jammed tuh dalam pukul 11 lebey. Dalam 3 jam stuck dalam jammed. Then memang ada eksiden lebih kurang 5 KM dari Exit keluar Simpang Ampat. Masa I lalu tu, I nampak bus Delima dah terbalik, bus Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan beberapa kereta terbakar.

I sms lah beliau, cakap ada eksiden. Beliau pun ada call I, update lah sikit-sikit dekat I. Sebab beliau baca orang update dekat blog. Menurut beliau, bus Delima tuh dari arah Melaka ke KL, then bergesel dengan kereta dan bus tu tercampak ke jalan arah KL-Melaka. Kira ke seberang jalan lah. Dah lah bus tu penuh.. And the worse part is, ada kereta Myvi kena hempap dengan bus tu. Kereta tu tak bersalah pun.. :"(

Tapi masa I lalu tadi, kereta Myvi tuh dah di keluarkan. OMG, sangat kesian dekat mangsa dan keluarga mangsa tragedi tadi. 12 orang yang meninggal dunia. I tak nak letak gambar eksiden tu, sebab I takut. :"( Adik I ada record video tapi video tuh dalam camera beliau. I pun dah balik rumah sewa. Nanti esok, I try suruh dia upload.

Kepada pemandu bus, jangan lah bawak bus laju-laju. Kerana anda, banyak nyawa melayang... Ajal maut di tangan tuhan. Kita tak boleh predict bila kita akan mati. Bawak kereta atau motor dengan berhemah macamana pun, kalau dah ajal, tetap akan pergi jugak.. :"( I doakan semoga arwah mangsa-mangsa di tempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-fatihah....

Bai!